• Balik kampung •
September 3, 2010 raya 2 CommentsJadi tak aku lukis myvi? hahahahah
Walaupun selalu bertegang leher, selalu tak sependapat, tapi saya sayang dia, sebab dia adik saya,susah senang dia tetap akan ada dengan saya. Terima kasih angah, ateh, amalina, adik.(gambar korang nanti eh,along nak tido ) Goodnite.
p/s: Duit raya tahun ni tak payah lah mintak banyak-banyak. Haha
Assalamualaikum. Takde hati untuk menulis. Gambar yang tak seberapa ni je aku sajikan untuk korang k ![]()
♥ Ini masa yang ditunggu-tunggu kan? ♥
♥ Kenapa tak boleh ? sebab real? kenapa? ♥
♥ Vanilla crepe - rindu nutela crepe at venice. 10 tahun lagi baru dapat rasa kot ♥
♥ in their own world.. ♥
♥ more free friday for longer weekends ♥
p/s: Biarlah orang nak buat jahat kat kita,takpe jangan balas,siapalah kita nak balas-balas.Tu semua kerja tuhan.Biar orang tak tau cerita sebenar.Takpe.Biar orang salah faham.Takpe. Yang penting kau tau diri kau sebenar macam mana. ![]()
Keep singing.smiling.laughing.hoping.noticing kindness.love n love some more.
AssalamualaiKum.happy monday! selamat berpuasa pada hari yang ke 11 (if i’m not mistaken) ehe.aha tadi salah tulis yang ke 22 plakkkk.mekaseh erin sebab bitau ekeke
Baru je beberapa minit yang lepas,( excited nak sharing,terus update blog hahahahahah ) my colleague tadi bagitahu ade book fest at KLCC Convention centre. Bukan minggu ni,tapi next week daripada 4th sept sampai 12th sept 2010.
Kalau korang peminat buku,tak kisah buku cerita,buku ilmiah,kamus ke ,any books lah kan, boleh la singgah kat sini, sesambil shopping untuk raya kan ehe.shopping buku untuk baca time raya nanti. Semangat ehh. Untuk mengetahui lebih lanjut, boleh la ke laman sesawang ini : http://www.bookfestmalaysia.com/ so boleh tengok floor plan dia semua.Tapi aku rasa dia under popluar book store kot, banyak buku dalam bahasa cina dari luar negara.
pic taken from here
Teruja tak peminat-peminat buku sekalian. Kumpul duit dari hari ni sempat lagi.
Ok bye.
Assalamualaikum.ehe just in case aku lupa,ingatkan aku eh yang raya dah nak sampai.! haha puasa pun belom abis,dah sebok nak raya kan. Semangat gila kot ! Bulan ramadhan ni kene rajin beribadah,kene kejar semua peluang menambah pahala yang ada. Jangan lupa okeh.
Ouh sebut tentang raya,tahun ni mesti aku akan kekurangan kewangan ni,mesti dah tak dapat duit raya,dan kene memberi duit raya kepada adik-adik tersayang.
Tapi,jangan risau adik-adik ku, along confirm akan bagi duit raya kat korang sebab abah kan dah support beli keperluan raya, tu belom tambah keperluan kerja lagi hahahahahaha ( gelak gembira ) . Ok sebenarnye aku nak letak gambar je ni, dengan pantas skali aku mengupdate blog semasa semua officemate aku pegi keluar makan . ( dieorang bukan islam ye, tak puasa , ,jangan salah faham ehe )
Ok disebabkan aku ni baru kerja,so cuti aku tak banyak,semua pun save untuk raya hahaha, jadi untuk still dapat berbuka bersama keluarga, family aku datang aa kat sini ,untuk jumpa aku & angah. Bagus ye,nasib baik tak duk kat London ke mana kan. gila nak suh datang sana tetiap 2minggu ehe. Sesambil tu, dieorang shopping raya skali, sempena mega sale ni kan,sila jangan lepaskan peluang haha, exspecially encik Abah ikut sekali, sangat heaven berbelanja.
( rasa bersalah pulak ) ehehe .
♥ melepak di iCity - Thanks mak ehe ♥
♥ jangan sentuh weh,kalau tak serious wesel tak behenti bebunyi - annoying haha ♥
♥ angah mungkin dapat duit raya lebih dari along,sebab banyak membantu eheheh - At wangsolo Sec7 Shah alam, tayah pegi jejauh nak minum alpokat oke,nasi ayam penyet pun sedap ♥
♥ Meneruskan operasi mencari baju & kasut raya ♥
Ok ah tuh je, cerita lain nanti along update lain kali aa eh korang,take care, jangan tinggal puasa sesuka hati, jangan lupa tunaikan solat 5 waktu, terawikh dan baca al-quran, banyakkan berzikir, jangan dengar lagu lady gaga je. Ok assalamualaikum ![]()
AssalamualaiKum.
woo sekejap je dah jumaat weh! kejap gila aku rasa. mungkin terlalu bz ke kan..mungkin laa kot hahaa. Next week dah start puasa. Aku jeles laa negeri-negeri yang bercuti pada satu Ramadhan. Apsal aku kene kerja kannn! ouh takpe, hari rabu je pon. bukan direct ehe.
Next week mesti petang-petang nak balik jalan jam.mesti aku kene berbuka dalam kereta. kesian ye. mesti mak,abah & adik-adik makan sedap-sedap dekat rumah,aku makan roti gardenier je. sadis! dah lah malas nak pikir makan apa.
Saje je aku update sebab testing-testing lukis guna bamboo touchpad nie, aku rasa tulisan aku comel la hahahahah
aku je la rasa. eheh dalam bulan Ogos ni,akan bertambah bz laa,sebab dah nak kene create game baru!. omg macam nak pening-pening lalat je pikir. Tapi seronok lah!
aku bitau korang aa yang suka sangat main game tuh, main game memang seronok weh.senang,boleh release tension etc2, tapi nak buat satu game yang bagus, susahlah weh! boleh jadi tension sebab nak fikir ke-logik-kan game tersebut,graphic yang perlu digunakan dan banyak lagi. Jadi hargailah game-game yang ada sekarang hahaha
ok tata.
weekend ni akan berpeleseran bersama 5 ex-fsksm utm phew,lama tak jumpa, apa cite?
AssalamualaiKum.
Pejam celik,meredah macet di kota, tak sangka kejap je sebulan berlalu. Seronok tak? ye seronok, tapi at the same time aku rindu masa aku dekat Mersing dulu. Walaupun kerja yang berbeza, kat sana tayah nak mengejar masa dan berebut-rebut. Tapi, what to do, hahahaha ( poyo gila macam redha je lah beserah ).
Aku bz, ye betul, bz dengan kerja 5 hari seminggu dan memanjangkan langkah 2 hari seminggu. hahaa. Nothing much to say. But then it’s a lot actually,just that i don’t have the mood to write
so here goes the gambo! ehe smua date end of July k.
Mango’s Lolo ( We had it at Jusco Maluri )
Laksa Penang at Nyonya’s Imperial Bandar Putri Puchong
Ini special sebab kait sendiri ! ye banyak lagi yang diangkut bawa balik. Thanks to my kakak yang berada di Muar,sebab bawak ke Lenga mencari buah-buahan tempatan.
This is Toriniku to Kinoko no Cream Sauce & curry pizza at Pasta Zanmai, Empire Gallery Subang.
Belanja my sister angah, with my 1st salary haha excited ye,sekarang gaji dah habis,baru 5th August kot. haha.fail money planning.
Ok so try lah pergi makan kat Pasta Zanmai. Die makanan Itali tapi ala-ala jepun style. kalau nak rasa kelaianan cubalah.
Take care peeps~
p/s: Susah kalau pernah berkawan dengan orang yang cantik ni, serba serbi dia je yang betul. Ouh ya lupa, mestilah kan, dah la hot stuff. Of coz la kamu je baik. Kan semua orang suka kamu sebab kamu ni macam angel baiknya. Tapi takpe, bukan kamu dibuang, tapi kamu yang membuang. ![]()
Assalamualaikum + halu semua. Aku takde bahan untuk nak update blog kali ni,tapi sebab aku ade masa free kat office ni, so aku tulis je la. Apa yang comel? korang laa kot..ehe ye tapi ada benda lagi comel. Jap mari kita mula daripada awal.
Aku ada banyak gila hobi, biasalah tamak hahaha. Salah satu hobi aku ialah kumpul kasut. Selalu kan orang kumpul heels je ke, sneakers je ke, tapi aku kumpul dedua. Kan da cakap tamak.tapi tak pakai pun haha
Tapi aku bukan nak cerita pasal kasut aku kumpul pun, skang aku nak cita pasal kasut yang comel-comel untuk baby-baby comel baru lihat dunia - eEe geram
- . Takkan aku nak kumpul infant’s shoes plak kan, tapi kalau dah kawin ada anak bleh la ehe. So sebab aku suka tgk kasut baby, aku slalu akan pilih bagi kasut kat kengkawan aku yang baru dapat baby.
Aku paling suka infant’s stan smith adidas. Cool gila, kasut lain pun comel gak contoh macam GAP. Macam yang Sue Anna Joe belikan baby boy die, Gap sandals macam yang gambar bawah nie. Comel gila kot. Tapi kalau aku nak beli pun,aku nak kasi sapa pakai? anak kucing? urghh geram.!
Masa Saffiya was born, aku tatau nak bagi apa kat anak abg ayie ni, so pusing-pusing masuk gap jumpa satu kasut baby color pink comel gila. kecik pastu comel haha , die ala-ala macam ni laa
♥ Saffiya ♥
Then ade lagi satu aku belikan untuk Fanea Jauza anak kepada kak Jen & abg Joe , baru je 2 minggu kot aku rasa baby ni. Yang ni aku paling suka ah sebab die bulu-bulu pastu comel ada muka boleh gerak-gerak.arghh geram jugak yang nie!
♥ Fanea Jauza ♥
haha semua baby girl.baby boy takde lagi. So sesapa kawan aku yang nak dapat baby, bitau laa aku, nanti aku kasik adiah kasut! eheheh mungkin nnti aku akan belikan anak korang kasut-kasut dibawah ni ke kan.
ok ni pilihan aku laa buat masa ni. Tapi ade banyak lagi aku suka la. OMG. Nak kawen nak dapat baby! hahahah gila gedik seot! Gambar semua aku amik kat google,kecuali gambar baby-baby ![]()
Assalamualaikum semua.
hope semua sehat-sehat kat luar sana. ehe agak lah dah 2 minggu aku tak update. bukan ape, bila kemalasan tu datang pepaham je laa kan. Diam tak diam,bising tak bising dah dekat 2 minggu gak la aku dah start kerja. Erm before aku kerja, smua orang yang aku tanye pendapat kata kerja ni tak best. So aku agak cuak juga laa masa 1st day nak start keje, tapi on the 1st day aku rasa happy gila hahaha. Tatau la apsal,mungkin aku ni tak penah kerja kot. Perasaan ni mungkin akan bertahan dalam sebulan awal je ke..who knows kan. Tapi kalau kita kerja apa yang kita suka, mesti la kita happy kan. Kita jadi tak happy bila kita kerja benda yang kita tak suka. Betol tak? betol la kot. ![]()
Banyak yang jadi dalam masa 2 minggu ni. daripada ade 10 kawan baik,skang tinggal 9 kawan baik.(anggaran je ni) ni yang part sedih la. well mungkin salah aku, tapi aku tatau lah.Mungkin memang takde keserasian untuk berkawan. Bila hilang kawan ni, sakit die lebih sakit kau hilang kekasih. ish tu yang aku rasa la,tatau la apa korang rasa kan mungkin berbeza pendapat masing-masing. Aku doakan dia bahagia dan berjaya dalam hidup
.
Yang best nye, well boleh jalan-jalan banyak tempat,last week dah pergi floria kat putrajaya,kalau aku duk mersing mungkin aku tak berpeluang pegi sini. ( tapi ni bukan tujuan utama laa nak kerja) , boleh pergi explore memacam jenis kedai makan. haha tapi duet pun mengalir dengan lebih laju, awal-awal baru kerja ni,mungkin masih memerlukan bank daddy mommy ( mengada ye) hahah tapi kalau dah berbulan-bulan tatau lah perlu lagi ke tak. Kalau orang da nak bagi wang saku,takkan nak tolak kan hehe
aku harap raya tahun ni dan tahun-tahun akan datang aku dapat lagi laa duet raya.AMINNNNNNNN ![]()

Dapat gadget baru kat office.weeehuu ok nak pegi main-main dengan buluh. Later smua.
p/s: mood sedih lagi ni.Terkilan
PKK singkatan bagi Pusat Khidmat Kontraktor. PKK ni bukan kontraktor tapi merupakan satu organisasi kerajaan di bawah Kementerian Kerja Raya yang membantu selesaikan masalah untuk kontraktor bumiputera. Kira macam kalau korang nak jadi kontraktor,kene pegi sini mintak lesen apa bagai. Kalau tak salah aku kalau korang nak buat lesen kontrak kelas A,B,C kene pegi PKK Ibu Pejabat, tapi kalau lesen kelas D,E,F boleh je pegi PKK Negeri. Kalau Johor, pejabat PKK terletak kat Wisma Persekutuan, Jalan Air Molek.
Oke tu je serba sedikit tentang PKK.Sebab selalu kalau aku sebut kerja kat pusat khidmat kontraktor,mesti orang akan ingat kerja sebagai kontraktor la tuh.Tak,bukan ye kawan-kawan. Kontraktor lain.untuk info lebih lanjut boleh pegi laman web rasmi PKK .
Kenapa tiba-tiba je kan cerita pasal pkk? haha mukadimah panjang. Sebenarnye nak update pasal Family Day PKK negeri Johor untuk tahun 2010 ni. Bertempat di Air Papan,Mersing 11 family telah mengambil bahagian. ye tak ramai pun, sebab bukan kontraktor nak ramai-ramai kan .
Ni la gambar-gambar kat sana, kot-kot korang suka,boleh buat family day kat air papan jugak. ![]()
Diatas adalah gambar chalet yang kiteorang duduk.Ni chalet baru,kira cawangan Sri Mersing Air Papan Resort punya gak. Cantik sebab die guna kayu pine, lain dari yang lain kan ![]()
Gambar kat atas ni pulak adalah makanan yang dihidangkan, biasalah kalau datang Mersing mesti lah ada seafood. Makanan yang ada seperti udang bakar,sotong telur masin,ikan bakar,kambing bakar pun ada. memang puas dan sedap lah makanan semua.
Gambar yang ni pulak adalah barisan staff-staff pusat khidmat kontraktor negeri Johor.Then warna tema untuk family day kali ni ialah color orange, dari ke topi hingga baju semua pun oren,meriah uolls~ ehe. Setiap keluarga yang datang akan dapat satu doorgift macam dalam gambar tu,bakul yang ada macam-macam makanan dalamnya, ada roti,kek,muffin,jajan dan lain-lain. Yang gambar encik pakai baju belang tuh pulak ialah artis jemputan yang juga menjadi pengacara majlis pada malam tu - Encik Ayai dari kumpulan Ilusi. sedap lagu dia exspecially lagu Puisi Cinta
Thanks to his family too for joining our family day . Sporting!
Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Semua seronok,ada jugak yang kelakar. Yang penting semua happy dan sporting. Takde sorang pun yang kata tidak,smua pun redah je ! Best.hadiah yang ada pun semua best-best, menang dapat hadiah,kalah pun dapat.bagus kan ehe.
Perserta-peserta semua semangat-semangat belaka. eke dan yang bertudung pink tu salah seorang ajk pada hari tersebut. Ok tu je laa yang aku boleh share. semoga PKK Johor buat lagi aktiviti macam ni, mengeratkan lagi hubungan antara staff-staff dan ahli keluarga,disamping dapat release tension dengan kerja . ![]()
p/s: tak,aku bukan kerja di PKK, aku ni tukang amik gambar je.cheers ![]()