• Sunset •

ronda No Comments

♥ Sunset at Soekarno-Hatta Airport Jakarta ♥

♥ sunset while on the way to Amsterdam from Rome - terlepas nak nampak matahari,color je tempias sempat snap ♥

Kesimpulannya disini.mana pun kita pergi semua pun sama. ciptaan yang maha esa paling indah. subhanallah. :smile: sunset kat Mersing takde plak aku snap.maghrib weh kene balik rumah ehe.

• Rindu •

ronda 4 Comments

♥ The Arch of Constantine - Rome ♥

♥ Gerai buah di sekeliling Roman Forum - tak suka makan buah terus boleh suka! ♥

♥ Accident that happened few years back. A woman was hit by a cab. Macam peringatan kepada semua supaya jangan  bawak kereta laju-laju then langgar then lari kat tengah bandar.Kesian pada yang tak bersalah ♥

Aku rindu nak jalan-jalan ke sana lagi,walaupun tempat die tak bersih & chaos gila, tapi banyak lagi yang tak sempat nak di explore. Btw will update about our Tour in Rome soon :wink: ( bebila aku rajin lah oke ) ehe

• Pusing-pusing Cafe •

food, ronda 2 Comments

♥ calling-calling @ Roost Juice Cafe ♥

Assalamualaikum hye semua. Last week aku stay kat umah ayah aku sambil ditemani gadis cantik, cik Nor Intan Ezreena. Excited uolls! haha ok since intan pun dah abis blajar, aku pun kerja sambil bercuti,so kami telah plan untuk pusing-pusing Johor Bahru,sambil cari cafe-cafe yang macam dekat Shah Alam. Contohnya seperti macam dekat Monrods etc sesambil tengok Shrek ( tade 3d ah sini ).

♥ Lomography @ Roost Juice Cafe ♥

♥ Intan Cek Duet nak shopping @ Roost Juice Cafe ♥

1st-1st, aku sebagai tuan rumah ( tuan rumah sebab aku kan kaum nomad hidup pindah randah,Kejap mersing kejap johor bahru ) , memula aku bawak intan pegi makan kat Roost Juice Cafe di Jalan Dhoby. ala yang dekat Jb Bazaar tuh. kan sebelah kedai keranda. ok agak-agak laa kan nak bagi clue. :grin: Ok kat sini seperti biasa, minuman dihidangkan dalam baldi-baldi kecik.

♥ The Mirror’s Menu @ Roost Juice Cafe ♥

♥ Minuman dalam baldi @ Roost Juice Cafe ♥

♥ Nasi ayam thai @ Roost Juice Cafe  ♥

♥ Main telephone lagi, jakun tengok telephone dulu-dulu ehe @ Roost Juice Cafe ♥

aku rasa aku penah cite la pasal cafe ni masa makan dengan erin dulu. Kat sini lampu dia suam-suam kuku. tak cerah sangat.sebab aku rasa kalau dia pakai lampu pendaflour yang biasa kaler putih mesti nampak kedai ni tak cantik. tapi sebab lampu oren.so ade la macam zaman-zaman dulu.bernostalgia. hehe. Makanan kat sini not  bad lah.sebab aku lapar kan. tapi service kat sini bagus! ye bagus sebab friendly. Aku tak suke pegi kedai yang waiter die kerek walaupun aku da senyum sampai ke telinga. memang aku tak pegi lagi la kot.Harap korang paham haha.

♥ The Beach Danga Bay ♥

♥ Danga Bay ♥

Kemudian, City Square untuk menonton Shrek. Abis tengok Shrek, pusing-pusing di Jb Bazaar. Tapi al maklum je la, malam selasa, weekdays, kedai yang ada pun tak menarik. So dah jalan-jalan, aku pun ajak Intan pegi lepak di The Beach Danga Bay. Aku rasa live band yang  nyanyi open-open camnie ade kat sini je kot.selain dekat cabana, tuh pun die nyanyi dalam bangunan kan. The Beach ni ayah aku yang kenalkan, dia kata kalau memalam nak dengar live band datang la sini, makanan pun not bad lah jugak. Kuey Teow Kerang & ice Blended Chocolate die sedap. ( Sebab aku selalu order tuh ). Disamping mendengar lagu-lagu yang sedap dan makan-makan,kita juga boleh mencuci mata tidak kira lelaki atau perempuan. hahahaha ok tuh sampingan lah. kalau taknak cuci mata tengok manusia, boleh pergi cuci mata dekat petting zoo :mad: Live band dekat sini aku rasa setiap bulan akan tukar yang baru, sebab bulan lepas aku pegi orang lain.Bulan lepas-lepas pun orang lain.biasaah duduk merantau,sebulan sekali je dapat pergi haha. Ye abang suara serak-serak basah muka ala-ala hero hindustan tu da takde. pasrah ye. :grin: Kul 12 semua abis nyanyi,balik boleh terus tido atau sambung lepak di Aliff . :eek:

♥ Sunset @ Lost Malaya Johor Bahru ♥

♥ Pemandangan di dalam restaurant @ Lost Malaya Johor Bahru ♥

♥ old cameras @ Lost Malaya Johor Bahru ♥

The next day, aku tak ingat pegi mana. Hahah ouh sebelum Intan balik ke Pontian, aku ajak dia pergi Lost Malaya,terletak di jalan skudai,berhadapan pantai lido,sebaris dengan Msuite hotel.dulu bangunan ni international school,sebelah dengan bangunan club japanese. Saje nak tengok apa ade kat situ, selalu lalu-lalu depan tuh je, tak berkesempatan nak singgah. So, Lost Malaya ni sebenarnye adalah macam gallery gambar dengan bar. Ada juga group photography kat sini dengan nama JOHO,tapi aku tak berapa nak familliar sangat, kalau nak tau lebih lanjut korang google je oke.Kalau sesapa yang lapar tak lapar sangat boleh lah datang kat sini lepak-lepak main pool ke snooker aku tatau. ehe sebab kat sini boleh minum-minum,duduk-duduk menikmati sunset (kalau datang petang lah) ,gambar-gambar dan deco dalam kedai. makanan yang disajikan hanya snack-snack ringan seperti nuggets dan fries. Lost Malaya tutup setiap hari isnin. So jangan datang ari isnin dan tekejut sebab tak bukak. ( macam aku ). :neutral: malu tau.harap takde orang nampak haha.

♥ Ali Cafe, Bukit Indah Johor Bahru ♥

Then ada lagi satu cafe,AliCafe,ye yang power root saya menang motor tuh. Kat sini pun deco die cantik,makanan pun not bad la, ada yang berpatutan,ada yang aku rasa mahal. Tapi aku paling tak bleh blah sebab ade menu mee cintan. ehe pelbagai mee cintan ade.nak tau tengok sndrik lah. Kat sini sambil korang nak tunggu makanan korang,die ada sediakan macam permainan tradisional lah atas meja. kira korang bleh la memain sambil kiasu2 sikit. Kedai ni 2 tingkat, tapi aku tak pernah naik tingkat atas, dieorang cakap kat tingkat atas ada sudut internet dengan men game. cuba lah korang try tengok. Makanan semua ok, cuma satu je aku tak berapa nak selesa kat kedai ni, pekerja-pekerja die macam tak best je,macam adik-adik baru lepas SPM datang kerja nak main-main. Bila tanye apa makanan yang best kat sini, suruh tengok menu. Bila tanye nasi lemak die macam mana, suruh tengok menu. kalau die terangkan sikit kan lebih elok. Ni pendapat aku lah. Sebab kalau tengok  menu pun, bukan nye sama gambar dengan makanan sebenar kan. Pastuh sebok orang makan sebok lah nak kumpul ramai-ramai belakang kerusi kiteorang, Ish meeting tergempar ke. Mungking pada hari kiteorang pergi je kot. Hari lain mungkin tak macam nie. Pape pun try lah pergi Cafe nie, mana tau kot-kot boleh menang motor ke . Ali Cafe la katakan. :eek:

Sekian hari aku dan Intan di Johor Bahru bersama.

Kalau singgah ke Mersing,JOhor.kot ada hari keluarga kat air papan ke kan. sudi-sudi lah datang ke Bengawan Solo Cafe bersebelahan dengan Maybank Mersing. Sarapan pagi,makan tengah hari.makan petang,dan makan malam semua ada. Western food dan cake juga ada. See you there ! :smile:

♥ The foods at Bengawan Solo Cafe ♥

Aku selalu lapar lepas update blog! :?: bye nak makan nasi goreng cendawan.

• Jalan+Makan=Happy •

food, ronda 1 Comment

TIng tong, yeah tetiba je aku ada dekat depan pintu rumah ko kan. Dengan backpack & slingbag. haha tayah banyak cerita, jom habiskan hari minggu jalan-jalan dan makan. :lol: Yea aku memang suka makan, so setiap kali kalau aku ikut angah balik shah alam, aku mesti akan contact Intan, sebab nya die rajin melayan aku dan bawak aku g jalan-jalan exspecially makan. Kali ini juga tidak ketinggalan. Disertai dengan yann yang dah terjebak dengan aktiviti jalan-jalan kami.

♥Nuraihan & Intan♥

♥ Ikea’s meatball ♥

♥ Ikea’s Daim Cake ♥

♥  The results of “conversation without talking” ♥

Terima kasih intan sebab bawak aku pergi makan dekat Chawan,Monrods & Daim cake tuh nyum~. Jalan-jalan banyak makan eh.Tapi seronok. Banyak lagi kedai yang aku blom try,insyallah akan pergi lagi ke sana. nanti pegi tempat lain pulak k. :cool:

• Granada.Spain •

ronda 6 Comments

Hye, ini cerita dah lama,tapi baru rajin nak cerita sebab aku malas nak edit gambar,ni pun malas so aku cincai je la oke haha.Cerita ini so last year,tapi nak share jugak sebab mana tau kot-kot korang nak pegi sini. haha takpe sharing is caring bak kata mereka. Let’s move on.

♥ Granada here we come!.Bengkel kereta.View sebelum masuk ke Bandar Granada ♥

Ini sedikit cerita di Granada & banyak gambar di Al-Hambra. ehe :lol: Granada terletak di Andalusia,Spain. Terbahagi kepada beberapa district iaitu Realejo,Cartuja,Bib-Rambla,Sacromonte,Albayzín dan Zaidin ( glemer zaidin u olls ), setiap districtnn nie populasi die berbeza-beza la kan contoh macam Realejo ramai orang Jewish & Bib-Rambla ramai orang Arab,siap ade arab street smua. Kat Granada ni ada ramai orang Arab sebab die ada pengaruh dinasti Nasrid. Oke kalau nak tau lebih lanjut pasal sejarah-sejarah Granada yang aku rasa menarik, boleh ke wikipedia k. Kang cakap aku cite sejarah plak kat sini kan. :oops:

Kami disini selama 2 hari satu malam sahaja. Kejap gile tak sempat nak beramah mesra dengan penduduk dan jenjalan.Memang terhad masa kat sini. Takpe Insyallah lain kali kalau ada rezeki sampai lagi di sini. So,sesampai di Granada, kami tinggal di Marcia Condor II ( ala-ala apartment ) so senang lah sebab ade dapur dan alatan memasak. Itu penting sebab time kiteorang pergi,memang masak. biasalah ade yang tak bleh tinggal langsung masakan malaysia, eventho pakai sardin cap sepanyol haha. Sebab yang kedua ialah dah muak makan kebab.But dont worry,kat sini ada banyak minimart ala-ala 7 eleven yang jual macam-macam makanan mentah seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Ok daging tayah la belikan sebab tak halal.

♥  Suasana Granada Waktu malam. Di Medina’s Souvenier . Infront of the hotel.Ni bangunan lah.Gambar group harus la kan at the triunfo garden.bunga-bunga aku tatau nama ♥

♥ Kiosk jual paper & magazine. Lampu jalan yang unik.Bangunan lawa tapi dinding smua pun kene conteng♥

♥ Ade jugak lah mural yang cun. Suasana lorong-lorong yang ade kedai makan & souvenier. Tong sampah ice cream kat kedai ice cream.beli air apa eh sedap (medina ni kaya la aku rasa kat sana) ♥

♥ Kami di jalan San Juan De Dios. Sardin Spain ( Packaging Comel ). ehem wanna ride? ♥

Kiteorang sampai dalam waktu tengah hari jam 2.30pm waktu die la kan, waktu Malaysia aku taktau. After dah setel makan tengah hari secara berjamaah,solat apa smua, kiteorang pun pegijenjalan kat sekitar bandar Granada ni, luckily hotel yang kiteorang duduk tuh berada di tengah bandar,so tak de la jauh sangat nak jalan-jalan. Time ni lah jumpa Arab Street,memang sepanjang jalan orang arab yang berjual.Kebab,Seesha,barang-barangan dari arab. Kekedai die takde lah macam kedai kite,ade tempat parking depan kedai smua,tapi die macam kat lorong-lorong sempit belakang bangunan rumah orang. Kedai-kedai souvenier pun banyak. Kalau korang pegi jenjalan,make sure time jumpa barang korang nak tu,terus beli je,jangan pikir :”takpe nanti jumpa lagi.” ish ish tak mungkin ok, nanti kalau tak beli  time jumpa 1st time memang menyesal.Kecuali la kalau korang memang nak duduk sana terus,tayah lah beli souvenier kan hahah.

♥ Yeah dah on the way. View of the city time nak naik the red hill. The ticket : Euro 13 ♥

Hari kedua, last day la ni kat Granada, kami telah pergi ke The Alhambra & Generalife . Sebab utama kami ke Granada. Alhambra ni tersenarai dalam UNESCO World Heritage, dan ia bermaksud MERAH atau RED dalam bahasa omputih nye.

♥ Kami di entrance before memulakan perjalanan masuk ke Alhambra ( penat weh ) ♥

Kenapa merah? sebab bangunan ni atau istana ni di bina pada kawasan bukit yang tanah die bewarna merah  ( the red hill ) dan juga ada kene mengena dengan nama founder dinasti Nasrid Muhammed ibn al-Ahmar ibn Nasr. ( see al-Ahmar = al-Hambra ) ok nak dekat la tuh kan. Al-hambra ni bukan terus-terus ada, ia dibina sikit-sikit sampai la jadi macam sekarang ni. Menurut buku yang aku beli ni ( semangat u olls beli buku sebab teruja dengan sejarah dia ) it is much more a product of 3 centuries of construction. Ok 3 centuries bukan masa yang pendek ye. Just imagine je lah. Dekat dalam buku ni ade satu table yang tunjuk tahun-tahun pemimpin dia.Malas aku nak salin lah. kesimpulan nye ia mula wujud pada zaman pemerintahan Nasrid, islam sebelum di rampas oleh orang kristian pada tahun 1429 dimana pemerintahan islam di spain telah gagal. sedih ye. tapi peninggalan tuh yang penting ye. walaupun begitu ada satu bangunan yang dulunya adalah masjid, tapi sekarang dah jadi church dalam kawasan al-hambra tuh.sedih ye.

♥Palacio de Carlo V.luar petak dalam bulat macam collosium.Houses the Alhambra Museum and is used during the Festive Of Music and Dance to stage concerts ♥

♥ Jeng-jeng-jeng,ok dah masuk ke bahagian dalam.Tapi tak ingat ni bahagian yang mana ♥

Susah aku nak explain tentang bangunan dan dinding-dinding kat dalam Al-Hambra tuh. Dinding dia semua terukir dengan ayat-ayat alquran dan kalimah-kalimah Allah.Luar dan dalam. Semua ukir satu persatu. Memang dapat rasa pada dinidng dia. Amazing gila kot. The view dari atas ni pun cantik,dapat tengok satu bandar Granada. ( Al-Hambra ni terletak di atas bukit, ye ) ok now let’s the pictures do the explanation ( bukan talk sebab korang bukan bley dengar pun kan ish)

♥ Ukiran berbentuk kubah ♥

♥ Seluruh ruang dipenuhi ayat-ayat memuji Allah & Islam ♥

♥ Terpelihara selama beribu tahun ♥

♥ Tiling atau alicatado : terdapat macam-macam bentuk ( bintang,ombak ) menunjukkan elemen-elemen yang ada. It consists of mathematical formula such as division,multipilcation etc. ♥

♥ See the shadow of the roof? ye itu menunjukkan cuaca adalah sangat terik tapi sejuk woh ♥

♥ yang last skali tu,ialah ukiran di atas siling. korang pandang atas dan nampak ukiran ni smua.nyum2 ♥

♥ Pandangan dari luar.pun berukir juga ♥

♥ Comars tower.This use of water to mirror the tower was used some 3 centuries later in the Taj Mahal at Agra in India. Nice kan,my fav pic among the rest nieh ! ♥

Apa yang tertulis pada dinding-dinding ni? yer sekumpulan spanish research team telah membuat macam encryption eh apa tuh yang untuk tau apa makna tulisan-tulisan tuh,dan buat masa sekarang (hingga masa aku tulis ni ) mereka dapat menterjemahkan dan mengkatalogkan lebih kurang 3116 daripada anggaran 10,000 inscriptions that cover the World Heritage site. Ayat yang paling banyak kali muncul ialah ” There is no victor but Allah”, dan juga terdapat messages such as ” perpetual happiness”.Tapi yang pasti setiap ruang menceritakan sesuatu yang berbeza.

♥Tower of the ladies. Ok bila sampai disini,kite dah nak sampai dekat Generalife,apa tuh? tengok gambar seterusnya ok ! ♥

♥ It’s a garden. :grin:. wild lavender.roses♥

Generalife was a retreat where the Granadan monarchs could relax,away from the daily toil and bustle of the court.Nevertheless,its proximity to the Alhambra meant that the sultan could still be close enough to palace affairs to attend to any urgent matter which might arise,whilst at the same be far enough away to enjoy the intimacy of the courtyard. ni aku copy paste daripada buku yang aku beli nie, apa ingat aku tulis sendrik? takde maknenye.tapi kat bahagian taman ni pun ade banyak lagi bangunan-bangunan dan singgah sana yang cantik-cantik.Tapi aku rasa macam dah banyak kot gambar aku letak,rasa macam nak letak semua je, nak kasik korang tengok and feel skali.Tapi kang over la plak kan letak gambar haha.Ouh ye kat taman ni ada memacam jenis bunga,ade cockscomb,rosemary,cidonia,spirea,snowball,scarlet sage uish memacam kot.tapi ikut musim gak laa kan die berbunga.

♥ Ni je la yang termampu nak amik.hahah nak amik dari hujung ke hujung,aku takde wide lense. :razz:

Taman ni kira penghujung bagi istana alhambra nie,terus ade jalan keluar.So from here,korang boleh nampak keseluruhan Alhambra dari pintu masuk pertama hingga terakhir,boleh nampak semua tower. Cantik.Kalau berkesempatan memang aku nak pegi lagi sini,and spend time explore alhambra.

Ok tuh je la kot untuk hari ni,nanti aku sambung lagi about our next location after Granada k.Sebelum meneruskan perjalanan,kami sempat pergi ke bandar untuk carik makan.haha lapa gile kot,kat dalam tu takde makanan. Till then enjoy all of the pictures! and hope korang dapat lah sedikit ilmu disini.cewah ilmu tentang jalan-jalan. ekke :evil:

♥ Having lunch at Doner Kebab Nemrut. Kebab & rice ( tak sedap,tapi sedap sebab lapar).Kedai buah yang tak boleh disentuh ( kalau nak kene panggil pekerja die amikkan , bersih woh). Granada Hoy tata ♥

• Bandung.Jakarta •

ronda 2 Comments

Phew.Sebulan kot tak update. kire start new year memang tak update bebetol lah. step bz aa konon ekkeke, tapi memang bz pun. + malas . normal laa kan malas tuh, nak tulis blog pun kene ade mood kan. tapi sekarang takde mood jugak hahaha.so aku letak gambar je lah.

gambar-gambar ni di ambil masa family aku pergi mem-blahkan diri ke jakarta & bandung februari 2010 lepas,time chinese new year. gong xi gong xi kat indonesia haha. tapi actually tujuan pergi yang sebenar-benar nya selain shopping & melawat adalah pergi tengok pelumba basikal Johor ada pertandingan cycling di Bandung.Sambil menyelam minum air la kata orang kan.

So, turutan perjalanan kiteorang start from Jakarta- Bogor - Puncak - Cipanas - Bandung - Jakarta .

♦ Pakcik nie duduk kat divider di Kota Bogor minta belas kasian ♦

♦ Ditengah kesibukan Kota Bogor ♦

♦ Gunung Tangkuban Perahu - Bandung ♦

♦ Kekedai Souvenier di Tangkuban Perahu ♦

♦ Bajai kot nama die ♦

♦ Penjaja Jalanan ♦

♦ Gambar Group mesti kene ade kan : ” Hye angkel2 smua ” ♦

♦ Hello Jakarta. Bubye ♦

• Feewit •

ronda No Comments

AKtiviti setiap tahun dijalankan. Cuti-cuti & shopping-shopping di Kuala Lumpur. ehe, kalau sesapa yang duduk kat kl,mesti takde rasa apa kot. tapi bagi mereka ( contohnya aku la ) yang duduk di Mersing kesayangan tuh mesti aa rasa teruja hahah. teruja ayat tak leh blah lah. Macam jakun gila nak datang kl hahaha.biasa aa dramatik sket cerita.Tapi selalunya time pertengahan tahun & akhir tahun kiteorang akan ke sini sebab semua pun tengah cuti, birthday ateh akhir tahun, adik-adik dah nak beli kelengkapan sekolah, dan perabih ( abiskan ) duet.Sale babyy~

Tiap kali birthday ateh pun,mesti lah time christmas. So tiap kali datang sini pun,deco christmas mesti ada, tahun lepas pun sana,konon-konon untuk sambut birthday dia skalik lah kan haha. Tapi jauh a 25 dengan 29. Tinggal saki baki decoration je. Korang tengok gamba ni dulu, aku rajin update sebab dapat wireless sesat kat atas ni. hahahahahha terima kasih.budiman sungguh u !kalau tak takde makna nye aku nak online time bercuti.

Bila time christmas, decoration kat mana-mana pun mesti cantik. Warna-warni.Smalam siap ada fake snow kat depan pavillion. Cuba lah kalau time Hari raya ke kan,ada giant Ketupat kat tengah ( ganti xmas tree ) then turun hujan satay ke apa. ke duet raya ke kan haha, pastuh ada kuali besar ke apa letak rendang,so smua orang yang dtg shopping kat sana boleh amik rendang tuh  bawak balik sorang sikit. Kuih raya ke bagik mcm santa kasik hadiah hahaha. kalau laa ada kan.. nanti aa tunggu aku dah jutawan tawan tawan aku buat shopping complex yang buat decoration utk raya macam tuh hehe. Later.

• Ola Portugal •

ronda No Comments

Assalamualaikum. Waalaikumsalam. Patutnya dah lama aku update pasal tajuk harini. Tapi malas nak type-type ni,huhu.So,while im kinda in the mood to write, i’ll update you guys about our trip to Portugal last month (which is November 2009). Been month already haha dah basi dah cerita. :mad:

♦ My sisters,angah & ateh tak dapat ikut sebab final exam.:oops:

Sebenarnya, aku takde menaruh harapan yang tinggu pu

n nak ikut family aku pergi Europe trip kali ni,sebab runsing takut thesis tak sempat siap pada waktu yang sepatutnya. Tapi,Alhamdulillah ngam-ngam 4 hari sebelum nak pergi, semua perkara berkaitan dengan thesis aku settle. Lega-lega, berjalan sakan ehe.

4th November, dari KLIA jam 11.30pm, tapi tak terus sampai ke Lisbon,Portugal tapi kene transit dulu kat Amsterdam. Sampai-sampai kat Schipol Airport 5.19am, aa kedai apa smua belom bukak,5 hours plak tuh,nak g jenjalan kat Amsterdam pun pepagi camni takde apa,so lepak je la kat dalam airport,layan2 snap gambar,tunggu sampai kedai bukak,kira orang yang kuar masuk lalu lalang. But not bad la,dapat gak beli souvenier dari netherlands ni. Bunga tulip fresh pun ada jual,tapi tak dapat la nak beli, jauh lagi kot perjalanan. Tahan je la :cry: April & May is the perfect month kalau nak pergi tengok bunga tulip. So planning lah dari sekarang ye untuk next trip.

On 5th November, we arrived at Lisboa international airport around 2.30pm. Tapi perjalanan jauh lagi,sebab tempat tujuan kami ialah Tavira,Algarve,harapan nak ronda-ronda di Lisbon pun tak kesampaian.Tengok bandar dia dari jauh je la.Naik bas ,dalam 5 jam setengah baru sampai ke destinasi yang nak dituju. Jauh kot,penat gila weh.Turun-turun flight terus naik bas. Tapi takde la bosan sangat sebab pemandangan sepanjang perjalanan tuh agak menarik. ( Benda takde kat negara sendiri,so macam teruja ).

♦ Lisbon City ♦

Kalau kat Malaysia kita nampak banyak pokok kelapa sawit & pokok getah, kat sana banyak tanaman pokok olive. Teratur bebaris-baris .

Around 8pm, we arrived at Eurotel Tavira - Quintas Das Oliveiras ( nama jalan la nie aku rasa ) , kat sana peserta-perserta  Malaysia untuk UCI indoor cycling dah tunggu kiteorang,siap masak apa smua. So, check in bilik settle smua,pergi menjamu selera. Cuaca kat sana macam 17 degrees camtuh la, agak sejuk jugak. Lepas makan, acara seterusnya mestilah tidur ! haha esok pagi da nak bangun pergi jalan-jalan & ke Stadium.

Kenapa nak kene pergi stadium kan ? Then kenapa Tavira ? Bandar kecik je, ok bukan bandar,tapi lebih kepada pekan kecik. Sebenarnya,tujuan kietorang pergi ke Portugal ni sebab, abah & kawan dia incharge untuk pelumba-pelumba basikal dalam dewan malaysia. So dieorang dapat invitation untuk bertanding di UCI Indoor Cycling World Championship, alang-alang dah ke Portugal tuh,tambah lah beberapa hari untuk tour kan.

The next day,awal pagi dah bangun. Nak tengok kawasan sekeliling,sebab semalam sampai dah malam,so tak nampak. Lepas breakfast smua,kami bergerak ke stadium Dr Eduardo Masinho. Tapi tak masuk ah, gila weh , tiket satu orang 30euro. so kalau dah 15 orang, baik pegi makan. So peserta & pengurus je yang masuk,dieorang masuk free coz ada pas,memula memang cadang nak masuk semua,so bermula taktik2 tipu pergi sorang-sorang kat kaunter pendaftaran bawak pas peserta,tapi last-last kantoi sebab ramai sangat pesertanya.Peserta yang betul-betul amik bahagian 5 orang je. Kami-kami yang tak nak masuk stadium ni, mula la panjangkan langkah untuk explore pekan Tavira.Satu shopping complex, the grand plaza Tavira yeah ni tempat yang kiteorang asyik pergi je. sebab yang nampak ni je paling dekat dengan Stadium.

The next day at Tavira, kiteorang pergi ke town dia, kat sana ada pusat pentadbiran dia smua lah.So ramai sikit penduduk, pemandangan pun cantik nak dibandingkan dengan kawasan Stadium yang memula kiteorang pergi.Tapi pekan ni mengingatkan aku pada Melaka,mungkin sebab penjajahan orang portugis kat melaka dulu,dats why macam lebih kurang sama je kan.

♦ Homage to the citizens of Tavira who defended the city againts the french invasions.♦

Apa yang menarik ada di Tavira ni? Kalau Lisbon,mesti korang agak familliar kan. Tavira terletak di Algarve, berdekatan dengan Faro & Olhao, sesiapa yang suke Golf mungkin pernah dengar nama tempat-tempat ni, sebab kat sini banyak golf resort.Penduduk di sini terdiri daripada the Greeks, Romans and Muslim and prior to the Portugese conquest in 1249, we can see the their influence on the region’s monuments,church and of course the castles. Kalau nak sentuh pasal sejarah dia,memang panjang. But since i’ve had only went to Tavira,and dont have the chance to explore all Algarve,so i’ll tell u more about what you guys can see in Tavira, and places that u can go here.

♦ View of Tavira city ♦

♦ The Roman Bridge ( Ponte Romana ) ♦

Tavira town is crossed by the Gilao River,which had divides the town into 2 parts that communicate with each other over stone bridge.And from the bridge,one can see the church of santa mario do Castelo which lie the bones of the seven knights who died during the conquest of Tavira town from the moor on year 1242. Kira bersejarah jugak la ni,tapi kiteorang tak pergi pun church tuh,just tengok dari jauh je. Then u can go lepak at the Bandstand Garden ( Jardim do Coreto) , while enjoying the view of the Gilao river. Here u can also found a shop that sells stuff for Forca Portugal, portuguese football club kot. Baju bola banyakjual kat sini. By the way, aku kenal satu nama je, Christiano Ronaldo haha.

♦ Bandstand garden ( Jardim do Coreto ) ♦

♦ Infront of Jose Pires Padinha ( Yang jual2 jersey, football stuff ) ♦

Then,if korang sampai ke Tavira, dont forget to drop by at the salt-pans,dan tengok betapa banyak nya garam kat sana,korang pijak pun atas bukit garam. Tapi kietorang tak sempat pergi pun, nengok gambar peserta Malaysia je,coz dioerang sampai awal daripada kiteorang. Pastuh pusing bandar dia sampai habis, then cari sculpture yang shows a woman waving to her partner from across the road,unik woh. Ni aku tengok gambar je, tak pegi pun haha, tapi korang pegi la ye,jangan lupe bergambar. Singgah ke Santo Amaro Square, sebab kat sini ada Weathervane. Amik gambar kat sini pun cantik.

Sepanjang jalan ke bandar Tavira, banyak ada pokok kurma, pokok limau & pokok buah delima, tayah susah-susah nak arrange pergi fruit picking ke apa,sebab bleh je pick kat tepi-tepi jalan.

And last but not least, orang-orang Tavira ni suka hias dinding rumah mereka dengan tiles-tiles yang berwarna warni,ada sedikit unsur arab-arab dalam senibina rumah mereka ni. So nampak lain dari yang lain.Rumah pun dibina ikut bentuk muka bumi,semua sama je warna putih. Bila tengok dari jauh nampak cantik, macam rumah lego pun ada gak.ehe.

♦ Ni macam cold storage kat Malaysia ♦

Makan kat sini takde masalah,sebab kiteorang bawak bekalan dari Malaysia.so masak je pakai rice cooker kat dalam bilil hotel,tapi if tak bawak makanan pape, boleh jugak beli kat supermarket yang ada. Atau pun pegi je bandar makan kebab. Selalu breakfast,seperti biasa makan roti & butter je, or cereal, nak makan nasi lemak ke mee goreng ke memang takde lah. Tapi pepagi adik-adik aku makan maggi. Haha kat malaysia maggi pun taknak makan,kat sini siap chop-chop lagi maggi cup tuh.

Ok lah aku rasa cukup la kot,pengalaman di portugal selama 3 hari 2 malam,later aku update pasal journey to spain plak k :wink:

Obrigado : Terima kasih/ Thank You :lol:

p/s: nanti aku buat entry lain bout basic portuguese words k.

• Mengeratkan Silaturahim Dengan Adik-adik •

ronda 3 Comments

• Bertemankan Ombak •

food, ronda No Comments

Sehari semalam di Desaru best,walaupun kesuntukan masa tapi rasa puas dan tenang. Tujuan utama ke Desaru adalah untuk teman ateh, adik aku pergi join gathering rakan sekolah dia masa kat Teknik Kota Tinggi. Invite satu batch, tapi yang datang adalah dalam 20 orang. Aktiviti yang ada just mandi pantai, BBQ, tengok orang memancing, lepak buat unggun api di tepi pantai, mandi pantai some more,makan dan relax.

Moment paling best, lepak tepi pantai di sebalik unggun api, baring dan kira bintang. Malam tu bintang banyak..terang-terang. Tenang je rasa bila baring mengadap bintang sambil ditemani bunyi ombak.Lain kali buat gathering untuk kawan-kawan aku la plak.

By the way thanks to angah sebab jadik pemandu kami, and thanks to ateh’s friends yang sporting-sporting.

Gegambar yang sempat snap on the way balik Mersing.

« Previous Entries