• Touch & Feel •

weEe~ 3 Comments

Assalamualaikum semua. :grin: hope semua sehat-sehat kat luar sana. ehe agak lah dah 2 minggu aku tak update. bukan ape, bila kemalasan tu datang pepaham je laa kan. Diam tak diam,bising tak bising dah dekat 2 minggu gak la aku dah start kerja. Erm before aku kerja, smua orang yang aku tanye pendapat kata kerja ni tak best. So aku agak cuak juga laa masa 1st day nak start keje, tapi on the 1st day aku rasa happy gila hahaha. Tatau la apsal,mungkin aku ni tak penah kerja kot. Perasaan ni mungkin akan bertahan dalam sebulan awal je ke..who knows kan. Tapi kalau kita kerja apa yang kita suka, mesti la kita happy kan. Kita jadi tak happy bila kita kerja benda yang kita tak suka. Betol tak? betol la kot. :lol:

Banyak yang jadi dalam masa 2 minggu ni. daripada ade 10 kawan baik,skang tinggal 9 kawan baik.(anggaran je ni) ni yang part sedih la. well mungkin salah aku, tapi aku tatau lah.Mungkin memang takde keserasian untuk berkawan. Bila hilang kawan ni, sakit die lebih sakit kau hilang kekasih. ish tu yang aku rasa la,tatau la apa korang rasa kan mungkin berbeza pendapat masing-masing. Aku doakan dia bahagia dan berjaya dalam hidup :oops: .

Yang best nye, well boleh jalan-jalan banyak tempat,last week dah pergi floria kat putrajaya,kalau aku duk mersing mungkin aku tak berpeluang pegi sini. ( tapi ni bukan tujuan utama laa nak kerja) , boleh pergi explore memacam jenis kedai makan. haha tapi duet pun mengalir dengan lebih laju, awal-awal baru kerja ni,mungkin masih memerlukan bank daddy mommy ( mengada ye) hahah tapi kalau dah berbulan-bulan tatau lah perlu lagi ke tak. Kalau orang da nak bagi wang saku,takkan nak tolak kan hehe :cool: aku harap raya tahun ni dan tahun-tahun akan datang aku dapat lagi laa duet raya.AMINNNNNNNN :eek:

Dapat gadget baru kat office.weeehuu ok nak pegi main-main dengan buluh. Later smua.

p/s: mood sedih lagi ni.Terkilan

• Ayai Kumpulan Ilusi Sporting •

weEe~ 1 Comment

PKK singkatan bagi Pusat Khidmat Kontraktor. PKK ni bukan kontraktor tapi merupakan satu organisasi kerajaan di bawah Kementerian Kerja Raya yang membantu selesaikan masalah untuk kontraktor bumiputera. Kira macam kalau korang nak jadi kontraktor,kene pegi sini mintak lesen apa bagai. Kalau tak salah aku kalau korang nak buat lesen kontrak kelas A,B,C kene pegi PKK Ibu Pejabat, tapi kalau lesen kelas D,E,F boleh je pegi PKK Negeri. Kalau Johor, pejabat PKK terletak kat Wisma Persekutuan, Jalan Air Molek.

Oke tu je serba sedikit tentang PKK.Sebab selalu kalau aku sebut kerja kat pusat khidmat kontraktor,mesti orang akan ingat kerja sebagai kontraktor la tuh.Tak,bukan ye kawan-kawan. Kontraktor lain.untuk info lebih lanjut boleh pegi laman web rasmi PKK .

Kenapa tiba-tiba je kan cerita pasal pkk? haha mukadimah panjang. Sebenarnye nak update pasal Family Day PKK negeri Johor untuk tahun 2010 ni. Bertempat di Air Papan,Mersing 11 family telah mengambil bahagian. ye tak ramai pun, sebab bukan kontraktor nak ramai-ramai kan . :smile: Ni la gambar-gambar kat sana, kot-kot korang suka,boleh buat family day kat air papan jugak. :smile:

Diatas adalah gambar chalet yang kiteorang duduk.Ni chalet baru,kira cawangan Sri Mersing Air Papan Resort punya gak. Cantik sebab die guna kayu pine, lain dari yang lain kan :smile:

Gambar kat atas ni pulak adalah makanan yang dihidangkan, biasalah kalau datang Mersing mesti lah ada seafood. Makanan yang ada seperti udang bakar,sotong telur masin,ikan bakar,kambing bakar pun ada. memang puas dan sedap lah makanan semua.

Gambar yang ni pulak adalah barisan staff-staff pusat khidmat kontraktor negeri Johor.Then warna tema untuk family day kali ni ialah color orange, dari ke topi hingga baju semua pun oren,meriah uolls~ ehe. Setiap keluarga yang datang akan dapat satu doorgift macam dalam gambar tu,bakul yang ada macam-macam makanan dalamnya, ada roti,kek,muffin,jajan dan lain-lain. Yang gambar encik pakai baju belang tuh pulak ialah artis jemputan yang juga menjadi pengacara majlis pada malam tu - Encik Ayai dari kumpulan Ilusi. sedap lagu dia exspecially lagu Puisi Cinta :grin: Thanks to his family too for joining our family day . Sporting!

Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Semua seronok,ada jugak yang kelakar. Yang penting semua happy dan sporting. Takde sorang pun yang kata tidak,smua pun redah je ! Best.hadiah yang ada pun semua best-best, menang dapat hadiah,kalah pun dapat.bagus kan ehe.

Perserta-peserta semua semangat-semangat belaka. eke dan yang bertudung pink tu salah seorang ajk pada hari tersebut. Ok tu je laa yang aku boleh share. semoga PKK Johor buat lagi aktiviti macam ni, mengeratkan lagi hubungan antara staff-staff dan ahli keluarga,disamping dapat release tension dengan kerja . :cool:

p/s: tak,aku bukan kerja di PKK, aku ni tukang amik gambar je.cheers :smile:

• Sunset •

ronda No Comments

♥ Sunset at Soekarno-Hatta Airport Jakarta ♥

♥ sunset while on the way to Amsterdam from Rome - terlepas nak nampak matahari,color je tempias sempat snap ♥

Kesimpulannya disini.mana pun kita pergi semua pun sama. ciptaan yang maha esa paling indah. subhanallah. :smile: sunset kat Mersing takde plak aku snap.maghrib weh kene balik rumah ehe.

• usaha •

weEe~ 5 Comments

AssalamualaiKum. lagi beberapa hari je lagi aku boleh guling-guling bermalas-malasan di rumah. Pasni dah lain pulak rutin harian :smile: takpe kata kan nak jadi bedikari ! Yakin-yakin boleh buat. Semoga dengan pilihan yang aku buat sekarang akan membuka peluang-peluang lain yang lebih baik untuk masa depan. cewah.. ! haha

Tapi yang sadis nya.kalau dah start kerja mesti lah raya tak dapat duet raya kan. Urghh camne nak sapot tabung untuk berjalan-jalan. End of the year pun confirm abah tak support kalau nak pegi holiday ! haha kata da kerja sendiri. ishh tak bley terima aku camni ! kene kerja rajin-rajin. cari duit banyak-banyak, doa banyak-banyak. Akhir tahun insyallah boleh ikut ! yes . insyallah. doa kan aku kengkawan ! thank you in advance  :wink:

♥ i love the color. ♥

• Frames •

food 1 Comment

Ini cerita last 2 weeks. Masa pergi bersuka ria di Kuala Lumpur. Penat jalan-jalan & sementara tunggu untuk masuk ke cinema, kami telah menjamu selera di FRAMES Cafe yang terletak di Oasis Boulevard Sunway Pyramid.

Makanan dia not bad. Tapi apa yang menarik ialah hiasan cafe ni ialah bingkai-bingkai gambar hence the cafe’s name la kan. Macam-macam gambar ada kat sini. Ade yang dalam Malaysia, ada yang dari luar negara. Kira sambil makan tuh,boleh laa mata juga dijamukan dengan gambar-gambar yang cantik.

Menurut pekerja kat situ,sesapa yang berminat nak letak gambar mereka kat cafe ni,boleh lah hantar gambar yang dah siap di print,nanti die akan framekan ikut size dia . Glemer laa kan sebab nanti boleh laa letak nama sekali. haha. Ok sila menjamu mata dengan gambar yang tak seberapa ni :smile:

♥ Frames ♥

♥ Interior deco cafe ni ♥

♥ Sebelum makanan sampai,bergambar lah dulu :cool:

♥ Setiap dinding pun ada gambar ,pusing-pusing lah kot2 ada gamba candid muka korang ke,mana tau ♥

♥ Muka excited dapat makanan hahah ♥

♥ Carbonara ♥

♥ House chicken = grilled boneless chicken ♥

Itu sahaja hari ini ehe. kalau nak buat reservation ke apa boleh pegi sini. Ade juga menu on9 boleh pilih makanan siap2.

Kalau sesiapa yang dekat Mersing Johor, nak makan western food & local food of course lah boleh pegi Bengawan Solo Cafe sebelah dengan Maybank Mersing, senang je nak cari. :)

saje kasik tulisan besar so korang singgah time datang Mersing haha. Mersing tuh dekat Johor,sempadan Johor & pahang.merisng bukan last la,aku rasa endau yang taman negara tuh last. Kalau sesapa nak pergi Pulau Tioman, boleh naik bot dekat jeti Mersing ni.

• sentap •

blur 7 Comments

Alhamdullilah Allah dah tunjukkan pada aku pada waktu sekarang dan bukan masa akan datang.

♥Pantai Air Papan, Mersing with puan azza.♥

• Rindu •

ronda 4 Comments

♥ The Arch of Constantine - Rome ♥

♥ Gerai buah di sekeliling Roman Forum - tak suka makan buah terus boleh suka! ♥

♥ Accident that happened few years back. A woman was hit by a cab. Macam peringatan kepada semua supaya jangan  bawak kereta laju-laju then langgar then lari kat tengah bandar.Kesian pada yang tak bersalah ♥

Aku rindu nak jalan-jalan ke sana lagi,walaupun tempat die tak bersih & chaos gila, tapi banyak lagi yang tak sempat nak di explore. Btw will update about our Tour in Rome soon :wink: ( bebila aku rajin lah oke ) ehe

• Dragonfly •

blur 4 Comments

♥ Breakfast bebeh! ♥

♥ hye. I’m the dragonfly. Tolong collect saya di farmville ♥

Can’t wait for this coming Friday. Haha tunggu sajian makanan daripada aku okeh !

Gambar di atas, di snap secara dari jauh ( sebab pintu pagar tak boleh bukak ) di Kg.Rambah, Pontian Johor.RIndu zaman-zaman pergi sekolah naik beca dengan Pakcik Daim. RIndu ye! Sapa lagi pergi sekolah dulu naik beca ? Bus sekolah > tak mencabar lah ! haha * gelak blagak * :grin:

• cubaan •

blur 3 Comments

pagi! harini terasa bosan ye. kosong di kepala. terimalah mini domo dalam cubaan keluar dari masaalah.

♥ Bila time tension lepak kat sini,angin sepoi-sepoi bahasa pun syiok gak eh ! Tenang aman! ♥

♥ Ouh man ! tak strategik ke apa tempat nie i nak baring-baring manja! ni nak jalan ke nak bunuh ! arghhhh helpp ♥

♥ Mungkin kalau tergantung macam ni takde orang ganggu ye. amacam macho tak ? well biasa lah hero remaja . ha ha ♥

♥ Tapi bila pikir-pikir balik, macam nak mati tercekik i tergantung kat sana.Orang lain salah faham pula nanti. Balik je lah tidur. Bye ♥

Lokasi: Teluk Buih, Mersing Johor

Model OMG : Mini Domo & Kaki Angah.

.Nite-nite.

• Pusing-pusing Cafe •

food, ronda 2 Comments

♥ calling-calling @ Roost Juice Cafe ♥

Assalamualaikum hye semua. Last week aku stay kat umah ayah aku sambil ditemani gadis cantik, cik Nor Intan Ezreena. Excited uolls! haha ok since intan pun dah abis blajar, aku pun kerja sambil bercuti,so kami telah plan untuk pusing-pusing Johor Bahru,sambil cari cafe-cafe yang macam dekat Shah Alam. Contohnya seperti macam dekat Monrods etc sesambil tengok Shrek ( tade 3d ah sini ).

♥ Lomography @ Roost Juice Cafe ♥

♥ Intan Cek Duet nak shopping @ Roost Juice Cafe ♥

1st-1st, aku sebagai tuan rumah ( tuan rumah sebab aku kan kaum nomad hidup pindah randah,Kejap mersing kejap johor bahru ) , memula aku bawak intan pegi makan kat Roost Juice Cafe di Jalan Dhoby. ala yang dekat Jb Bazaar tuh. kan sebelah kedai keranda. ok agak-agak laa kan nak bagi clue. :grin: Ok kat sini seperti biasa, minuman dihidangkan dalam baldi-baldi kecik.

♥ The Mirror’s Menu @ Roost Juice Cafe ♥

♥ Minuman dalam baldi @ Roost Juice Cafe ♥

♥ Nasi ayam thai @ Roost Juice Cafe  ♥

♥ Main telephone lagi, jakun tengok telephone dulu-dulu ehe @ Roost Juice Cafe ♥

aku rasa aku penah cite la pasal cafe ni masa makan dengan erin dulu. Kat sini lampu dia suam-suam kuku. tak cerah sangat.sebab aku rasa kalau dia pakai lampu pendaflour yang biasa kaler putih mesti nampak kedai ni tak cantik. tapi sebab lampu oren.so ade la macam zaman-zaman dulu.bernostalgia. hehe. Makanan kat sini not  bad lah.sebab aku lapar kan. tapi service kat sini bagus! ye bagus sebab friendly. Aku tak suke pegi kedai yang waiter die kerek walaupun aku da senyum sampai ke telinga. memang aku tak pegi lagi la kot.Harap korang paham haha.

♥ The Beach Danga Bay ♥

♥ Danga Bay ♥

Kemudian, City Square untuk menonton Shrek. Abis tengok Shrek, pusing-pusing di Jb Bazaar. Tapi al maklum je la, malam selasa, weekdays, kedai yang ada pun tak menarik. So dah jalan-jalan, aku pun ajak Intan pegi lepak di The Beach Danga Bay. Aku rasa live band yang  nyanyi open-open camnie ade kat sini je kot.selain dekat cabana, tuh pun die nyanyi dalam bangunan kan. The Beach ni ayah aku yang kenalkan, dia kata kalau memalam nak dengar live band datang la sini, makanan pun not bad lah jugak. Kuey Teow Kerang & ice Blended Chocolate die sedap. ( Sebab aku selalu order tuh ). Disamping mendengar lagu-lagu yang sedap dan makan-makan,kita juga boleh mencuci mata tidak kira lelaki atau perempuan. hahahaha ok tuh sampingan lah. kalau taknak cuci mata tengok manusia, boleh pergi cuci mata dekat petting zoo :mad: Live band dekat sini aku rasa setiap bulan akan tukar yang baru, sebab bulan lepas aku pegi orang lain.Bulan lepas-lepas pun orang lain.biasaah duduk merantau,sebulan sekali je dapat pergi haha. Ye abang suara serak-serak basah muka ala-ala hero hindustan tu da takde. pasrah ye. :grin: Kul 12 semua abis nyanyi,balik boleh terus tido atau sambung lepak di Aliff . :eek:

♥ Sunset @ Lost Malaya Johor Bahru ♥

♥ Pemandangan di dalam restaurant @ Lost Malaya Johor Bahru ♥

♥ old cameras @ Lost Malaya Johor Bahru ♥

The next day, aku tak ingat pegi mana. Hahah ouh sebelum Intan balik ke Pontian, aku ajak dia pergi Lost Malaya,terletak di jalan skudai,berhadapan pantai lido,sebaris dengan Msuite hotel.dulu bangunan ni international school,sebelah dengan bangunan club japanese. Saje nak tengok apa ade kat situ, selalu lalu-lalu depan tuh je, tak berkesempatan nak singgah. So, Lost Malaya ni sebenarnye adalah macam gallery gambar dengan bar. Ada juga group photography kat sini dengan nama JOHO,tapi aku tak berapa nak familliar sangat, kalau nak tau lebih lanjut korang google je oke.Kalau sesapa yang lapar tak lapar sangat boleh lah datang kat sini lepak-lepak main pool ke snooker aku tatau. ehe sebab kat sini boleh minum-minum,duduk-duduk menikmati sunset (kalau datang petang lah) ,gambar-gambar dan deco dalam kedai. makanan yang disajikan hanya snack-snack ringan seperti nuggets dan fries. Lost Malaya tutup setiap hari isnin. So jangan datang ari isnin dan tekejut sebab tak bukak. ( macam aku ). :neutral: malu tau.harap takde orang nampak haha.

♥ Ali Cafe, Bukit Indah Johor Bahru ♥

Then ada lagi satu cafe,AliCafe,ye yang power root saya menang motor tuh. Kat sini pun deco die cantik,makanan pun not bad la, ada yang berpatutan,ada yang aku rasa mahal. Tapi aku paling tak bleh blah sebab ade menu mee cintan. ehe pelbagai mee cintan ade.nak tau tengok sndrik lah. Kat sini sambil korang nak tunggu makanan korang,die ada sediakan macam permainan tradisional lah atas meja. kira korang bleh la memain sambil kiasu2 sikit. Kedai ni 2 tingkat, tapi aku tak pernah naik tingkat atas, dieorang cakap kat tingkat atas ada sudut internet dengan men game. cuba lah korang try tengok. Makanan semua ok, cuma satu je aku tak berapa nak selesa kat kedai ni, pekerja-pekerja die macam tak best je,macam adik-adik baru lepas SPM datang kerja nak main-main. Bila tanye apa makanan yang best kat sini, suruh tengok menu. Bila tanye nasi lemak die macam mana, suruh tengok menu. kalau die terangkan sikit kan lebih elok. Ni pendapat aku lah. Sebab kalau tengok  menu pun, bukan nye sama gambar dengan makanan sebenar kan. Pastuh sebok orang makan sebok lah nak kumpul ramai-ramai belakang kerusi kiteorang, Ish meeting tergempar ke. Mungking pada hari kiteorang pergi je kot. Hari lain mungkin tak macam nie. Pape pun try lah pergi Cafe nie, mana tau kot-kot boleh menang motor ke . Ali Cafe la katakan. :eek:

Sekian hari aku dan Intan di Johor Bahru bersama.

Kalau singgah ke Mersing,JOhor.kot ada hari keluarga kat air papan ke kan. sudi-sudi lah datang ke Bengawan Solo Cafe bersebelahan dengan Maybank Mersing. Sarapan pagi,makan tengah hari.makan petang,dan makan malam semua ada. Western food dan cake juga ada. See you there ! :smile:

♥ The foods at Bengawan Solo Cafe ♥

Aku selalu lapar lepas update blog! :?: bye nak makan nasi goreng cendawan.

« Previous Entries Next Entries »