• Berusaha Lah Kereta Kecil •

blur 7 Comments

Hari ini kereta aku banyak betul minum minyak.dari impian emas pegi ke skudai then ke tampoi then pegi ke holiday plaza then ke larkin then balik impian emas then pegi skudai semula. pusing-pusing dan u-turn tempat yang sama berkali-kali. buhsan.Sian kereta aku, kembung perut minum banyak minyak.

Tension seh. semester ni dah nak berakhir. apa aku dapat semester nie ? ouh aku belajar untuk jadi lebih berdikari, jangan bergantung pada sesapa. jangan percaya cakap orang lain. percaya hanya  pada diri sendiri. kekadang mereka hanya cakap untuk sedapkan hati kita je, tapi kita tak boleh percaya 100% yang sebenarnya mereka akan tolong kita. So usahalah sendiri untuk lebih maju daripada mereka. yap-yap aku kene jadi lagi bagus daripada mereka .  Yang akan bantu diri kita adalah diri kita sendiri, bukan orang lain. Setiap orang ada sikap pentingkan diri sendiri kan ? Aku kene belajar untuk jadi sedikit sellfish juga kot.

Langit Tengahari Di Air Papan

• Makan-makan pengubat rindu •

food, ronda 9 Comments

Balik Mersing, selain nak jumpa adik-adik n parents aku. tujuan lainnya adalah untuk makan nasi dagang.series kat jb aku tatau nak cari kat mana.tapi kalau untuk angah plak.senang la.siap hafal kedai mana ada jual nasi dagang yang best kat area dungun tuh. aku rindu nasi dagang hahaha. so akhirnya pada hari ahad semalam.( ari sabtu takde sebab ari sabtu terbangun lambat, so terus lunch je la. ) hari ahad jam 9.30am.aku,mak,angah dan adik sampai kat kedai di area Tanjung. 9.30am tuh awal kan? tapi kiteorang dapat order 2 set nasi dagang je. angah ngan adik makan laksam dan soto aje. aku nak  tambah pun takde dah. haiz. takpe asal ade.daripada takde langsung kan. kene datang kul 7.30am agaknye. alangkah best nye kalau kat jb hari-hari boleh breakfast nasi dagang daripada makan roti-digoreng-dengan-telur-yang-berlebihan-minyak-tapi-makan-juga-sebab-lapar .

Then kiteorang pegi pulak air papan, saja jenjalan tengok-tengok pantai. angin sangat la kuat time tuh. Ramai manusia yang berkelah kat sana. shOk tgkmereka makan ayam kfc dan duduk atas tikar.anak-anak kecil lari-lari ke darat untuk makan ayam kfc jugak. ( aku tatau ayam goreng apa sebanarnye,nampak je macam ayam kfc ) . best-best. angin sepoi-sepoi bahasa. ditemani ngan hari yang panas tapi tak terik. Round-round tengok challet baru uncle sheikh abu dekat sana. cantik. gune kayu er kayu bulat-bulat (aku tatau la nama kayu tuh) tapi cun la mcm dalam cite-cite omputih nye kayu buat umah kat tempat sejuk. ( google je la.)

Tengah hari lepak sebentar di kedai mak. takde la sebentar agak lama jugak. then petang-petang jam 4.30pm. aku ,angah dan adik gerak pergi pantai di bandar mersing, sebab rasa nak makan ABC sangat-sangat. hahaha gile makan je. sampai kedai kena la oder kepok lekor skalik, baru la masyuk lepak tepi pantai makan-makan sambil menghayati bunyi deruan ombak. ( phew-phew~ : contoh bunyi macam ni la.).then kami bertiga pergi main buih sabun perisa apple. rasa macam nak makan buih sabun tuh. haha sekian sahaja. Next 2 weeks kita balik Mersing lagi oke! best nye balik rumah dan berjaya menjarakkan diri daripada internet. ( kecuali nak update blog ni la ) lebih bermakna balik rumah golek-golek atas katil, derum-derum pergi pusing bandar Mersing. Oh last : Di mersing dah ada Istana Sri Mersing, atas bukit, view cantik,dulu adalah rumah DO (kalau sesapa yang tau) . Kalau berkesempatan nanti aku snap papan tanda dia sahaja. sebab Istana mana leh masuk dah, kalau dulu rumah Deputy Officer boleh la masuk dengan muka yang gembira dan sesuka hati. Ok la till then tata .