• Warna Dalam Mandarin is yán sè •

save & learn, weEe~ No Comments

Tadi pagi,aku pergi tolong mak aku kat Bengawan Solo Cafe yang terletak kat sebelah Maybank Mersing ( Signboard belum tukar ye,still amin jaya , jgn confuse ). Pepagi pegi,memang la semangat kan.Tapi mood aku spoil sket sebab ada satu insiden yang buat aku rasa menyampah betol.

Cerita nya camni,ada la satu family ni datang breakfast kat sini,dah duduk-duduk makan-makan,then tetiba ada lah sesat seekor kucing kaler kelabu-putih, mundar mandir kat kerusi si anak perempuan ni. Then mula la adengan sebabak, die buat muka la konon yang takut sangat dengan kucing,dah halau datang balik sebab si emak pergi campak tulang ikan kat bawah kerusi,memang la kucing tu taknak blah kan.kecoh jap, then si anak tolak-tolak pakai kaki, cucuk-cucuk badan kucing dengan toothpick. Pastu dengan kereknya,pandang aku suh aku halau kucing tuh. aku angkat la gak si kucing,sebab ko customer kedai mak aku.kang tak layan kang complain plak.ishh dah di angkat kucing ke luar kedai,tapi masuk balik,pergi port yang sama bawah kerusi si anak.memang kucing suka tengok anaknya kot.Padanmuka sebab sapa suh ko cucuk-sepak dia. malas nak layan kerenah camtuh.

Terompah Magnet

Terompah Magnet - Pijak tangan ko ngan terompah ni baru tau!

Pada pendapat aku la kan kalau tak suka kucing pun,jangan lah cucuk-cucuk dia,jangan la sepak-sepak dia, kesian.Kalau awak taknak kucing tuh duduk lagi kat awak,jangan lah buang tulang ikan kat bawah kerusi tempat duduk awak.nanti pandai lah kucing tuh nak blah. Ye betol memang ada orang yang takut dengan kucing,fobia dengan kucing,sebab apa tatau lah,tapi tak perlu kot nak gedik-gedik jerit macam kucing tuh nak telan awak kan,tak perlu nak sakit-sakit kan kucing tuh,makin dia datang dekat lagi adalah. Ish tak paham betul.:oops:

Sebab naksejukkan hati,meh la aku ajar korang Warna-warna dalam Mandarin.

http://img.photobucket.com/albums/v469/street86/color.png

Semua tulisan ni dengan traditional kanji words,sebab kalau guna yang simplified,ade yang tak boleh tengok.tapi ni aku dah jpeg kan dia,kira takde la tak boleh baca. Setiap pinyin ada 4 sebutan, sebutan pertama (suara mendatar ),kedua ( suara dari mendatar naik sikit,macam daki bukit),ketiga ( macam turun bukit,then naik bukit balik) dan keempat ( sebutan pendek dan cepat macam kita sebut “up”). Die ikut baris-baris yang ada kat atas huruf aeiou, contoh seperti ‘ yán sè ‘,

yán disebut dengan sebutan kedua, sè dengan sebutan ke-empat.

Kalau korang tak dapat gak tangkap cara-cara nak sebut,boleh google dan cari cara menyebut perkataan-perkataan ni. Selamat mencuba & jangan buli kucing.

Kucing dalam Mandarin =  猫 māo

p/s: kalau ada salah,tolong betulkan ye.

p/s/s: tQ ghost betulkan sebutan aku utk entry yang lepas2. yang haoxinfenshou , kalau hati sebutan dia= xin, kalau bintang sebutan nya= xing.

• Makan-makan •

food 6 Comments

Aku admit weh aku tak tere amik gambar, so bila abg fuad ( tukang masak bengawan solo restaurant mersing ) suh aku amik gamba makanan, cuak weh. Cuak sebab tak confident. Tapi amik je la, daripada g hire fotographer kan, baik aku tolong mak aku free je. Tak kesah lah hasil dia macam mana. Asal nampak makanan sudah. Dari jam 1pm sampai 4pm , sambil tunggu abg fuad masak-masak makanan yang nak disnap gambar,sambil tuh snap-snap gambar makanan yang dah siap. Tak benti.weh amik gambar ni penat lah seh. nampak je macam tekan-tekan ehe.

Lepas smua dah siap snap gambar, masa untuk makan la kan haha. Herm, tapi hasil tangkapan tak memuaskan la. Kan dah kata bukan pro. :mad: Background smua clear nampak.haha. sedey-sedey.:cry:

Macam mana nak amik gamba cantik-cantik nie!! Urgh! Meh la ajar, bagi cadangan ke apa…:sad:

takpe-takpe.Usaha tangga kejayaan! ok cuba lagi di lain masa.

Jemput lah datang ke Bengawan Solo Cake House & Western di Taman Wawasan Mersing Johor. Kepada yang tinggal di Mersing, if nak order pelbagai jenis kek juga boleh la datang ke sini. Terima Kasih.

• Selamat Pengantin Baru •

food, weEe~ 3 Comments

Esok kawan aku, encik se7en akan melangsungkan majlis perkahwinan die kat Batu Berendam Melaka. Aku kenal die ni kat portal Mnet. Kecik je die nie, kachak begaya. ramai peminat die ni dulu kat portal Mnet,alhamdulillah dah kawen skang ni. Smoga happy-happy and berkekalan hingga ke anak cucu. Sorry sebab aku tak dapat pegi hari Ahad ni, sebab nak hantar mak aku ke airport nak g umrah. Nanti aku pos hadiah je la oke.  :smile: nak cuti-cuti ni memang ramai orang kawin.

♥ Kek yang ditempah oleh customer mak aku, curi2 amik gamba lam esbok ♥

Sebut pasal umrah, hari semalam kawan mak aku call, die bagitahu yang die nye flight ke umrah yang sepatutnye pada hari ni, dibatalkan dengan alasan oleh pihak pengurusan travel agency tuh, mereka tak dapat visa. Kesian gile kat kawan mak aku ni, dah la dah prepare smua barang-barang sebulan before tuh. Orang kat travel agency tuh ( dekat kotaraya johor bahru ) kata, derang tak dapat visa sebab kes Virus H1N1, tapi bile siasat-siasat lagik, rerupanye pihak derang tersalah hantar information,dats y tak dapat buat visa. info tentang apa aku pun taktau lah,sebab ni pun dgr dari cerita mak aku je. Tapi kesian laa kan, orang dah prepare smua awal-awal,mcam teraniaya plak. Duit takmo pulang plak tuh. Kepada aunty D, takpe ni dugaan smua. Hope esok,flight,tiket,visa mak & adik-adik aku takde masalah,semoga semua bejalan lancar.Insyallah.

♥ 2 minggu je derang pergi,bukan 365 hari  tapi will miss them badly. Aaaa kenapa laaa aku kene g tempat lain :cry:

• Penat sampai nak tercabut kepala lutut beliau •

food, weEe~ 5 Comments

Aha kepala lutut beliau pinjam ayat nazri jap. ala kawan-kawan tayah bekira oke. haha

weh tapi serious aku penat cam nak tecabut kaki. padahal takde la buat apa sangat. mungkin tak biasa. ye mungkin juga ngada-ngada. tapi duduk kat kedai tepi fryer dan juga oven dan juga microwave dan juga ntah tatau apa nama ntah memang penat tambah panas. habis minyak dimuka bertambah-tambah.:mad:

walaupun aku poyo-poyo cakap penat, tapi aku enjoy ! ye aku rasa aku dah pandai masak skang! tapi bukan lah nasik goreng kampung ataupun nasik goreng udang special ngan udang yang banyak mahupun mee hoon sup ala-ala hong kong. haha tapi ok la kalau stakat korang nak oder chicken chop ke, steak ke, apa-apa yang berkaitan ngan makanan barat ( aku bukan saje nak eksyen, kenyataan nie hahah ) boleh je oder kat aku :razz:

♥ Ni ice cream goreng untuk korang. Konon-konon ada love spesel la kan haha ♥

tapi dengan syarat semua bahan-bahan tersedia la kan. haha kalau tak hampeh la gak. mana la aku tau nak buat black pepper sauce, kang aku kasik korang lada itam je la kalau takde sauce tuh kan. ok tuh je nak cite. sebab rasa teruja dah boleh handle sndrik fryer tuh goreng ice cream dan lain-lain bahan yang boleh digoreng. Sekian terima kasih atas sokongan anda smua ( ditujukan khas kepada adik-adik yang keje kat Bengawan Solo Cake House )  ngEe~ jemput-jemput datang Mersing. ( Mersing tuh kat Johor , dekat ngan jeti nak ke pulau tioman ) , okeh bye. AssalamualaiKum.

♥ Eksyen gambar sambil pegang pisau potong pizza, nak potong kepala pun boleh, sesuai gile ! mata makin sepet, selepas cuti 2 bulan ni, bila senyum pun mata dah tak nampak &  sebab pipi dah tembam sangat sampai tutup mata :sad: duk keje kedai makan, makan aje la apa nak, siap tuka-tuka menu ikut suka hati cth: roti bakar dengan pisang. ( ala-ala roti canai letak pisang tapi pakai roti biasa) ♥

Nota last last : naqiuddin aku malas nak diet aa weh! haha rugi la sebab puding kat kedai best waaah! :eek: setiap hari kene makan. hahah