• Doa •

poem No Comments

DOA

kepada pemeluk teguh
Tuhanku
Dalam termangu
Aku masih menyebut namamu
Biar susah sungguh
mengingat Kau penuh seluruh
cayaMu panas suci
tinggal kerdip lilin di kelam sunyi
Tuhanku
aku hilang bentuk
remuk
Tuhanku
aku mengembara di negeri asing
Tuhanku
di pintuMu aku mengetuk
aku tidak bisa berpaling
13 November 1943
Chairil Anwar

Herm arini aku rasa cam tak sedap badan *sigh* :mad: tetibe je.tekak cam nak tebakar.mebi sbb aku tak banyak minum air putih kot. tibai smua air yang sesejuk .. hopefully naik semester baru ni aku dikurniakan dengan kesihatan yang baik.amin. Dan sajak di atas adalah hasil karya Chairil Anwar seorang penyajak yang agak terkenal di Indonesia satu masa dahulu. Aku mula diperkenalkan kepada sajak-sajak beliau oleh si andika. dia yang banyak mendedahkan aku ke dunia-dunia syair dan sajak nie *aku tatau pape pun*. tapi skang takde lagik la.dulu je. Salah satu sajak beliau yang agak terkenal adalah bertajuk “Aku”.

AKU

Kalau sampai waktuku
‘Ku mau tak seorang kan merayu
Tidak juga kau

Tak perlu sedu sedan itu

Aku ini binatang jalang
Dari kumpulannya terbuang

Biar peluru menembus kulitku
Aku tetap meradang menerjang

Luka dan bisa kubawa berlari
Berlari
Hingga hilang pedih peri

Dan aku akan lebih tidak perduli

Aku mau hidup seribu tahun lagi

———————————————————————————-

Nak tau lebih lanjut tentang chairil anwar , sila lah tanye uncle google type “Chairil Anwar” thenks :oops: lain kali kite berkenalan pula dengan HAMKA.

Bukan kematian benar menusuk kalbu
Keridhaanmu menerima segala tiba
Tak kutahu setinggi itu di atas debu
Dan duka maha tuan tak bertahta.

(petikan dari sajak terawal beliau bertajuk “nisan“)