• If You Could See Me Now •

novels No Comments

Friends come in all different shapes and sizes, and the important thing is not what we look like but the role we play in our best friend’s life.

Tajuk posting aku kali ni adalah pasal sebuah novel yang aku baru selesai baca. Dah lama mula baca, tapi disebabkan banyak halangan, tak dapat aku nak abiskan. Novel yang dimaksudkan ialah If You Could See Me Now by Cecelia Ahern.

Korang pernah tak rasa ada seorang rakan yang tak pernah dilihat oleh orang lain ? Cakap sorang-sorang, gelak sorang-sorang, main sorang-sorang. Kalau ada, tak korang bukan gila. Itu cuma rakan imaginasi korang yang wujud antara korang je, untuk bantu korang jadi lebih yakin dan berani. Bila dah datang keyakinan pada diri, perlahan-lahan rakan anda itu akan hilang. Korang baca lah novel ni, nanti korang paham. :lol:

Novel ni menceritakan tentang Elizabeth, seorang wanita yang perfectionist dalam kerjaya dan hidupnya, tetapi dibebani dengan masalah keluarga yang telah ditanggung sejak kecil. Elizabeth masih single tetapi terpaksa menjaga Luke, anak kepada adiknya yang sering menghilangkan diri dan suka hidup sendirian tanpa ada bebanan.

Hidup Elizabeth adalah sangat membosankan, pagi bangun kerja,malam balik tidur. Penuh dengan warna-warna hitam dan coklat. Masa bersama Luke juga tidak ada. Oleh kerana Luke ni keseorangan, jadik datang lah Ivan dalam hidup Luke. Ivan ni hanya boleh dilihat oleh Luke sahaja, orang lain tak nampak. Bila Luke mula cakap sorang-sorang, aunty die ni Elizabeth rasa anak sedara dia ni ada masalah mental. Tapi dilayankan juga, hinggalah pada satu ketika tu, Elizabeth sendiri nampak Ivan , tanpa menyedari Ivan dah jadik rakan imaginasi dia. Orang di sekeliling ELizabeth ni tak nampak pun Ivan, cuma Luke je yang nampak. Walaupun Elizabeth cakap dia buat semua perkara dengan Ivan, takde sorang pun percaya kat die, tapi mereka layankan je, sebab nak nengok Elizabeth ni happy .

Life’s kind of like a painting. A really bizarre abstract painting. You could look at it and think that all it is is a blur, or you could focus on it and use your imagination - life can become so much more.

Ivan banyak mengubah hidup Elizabeth, menjadikan dia seorang yang lebih ceria, tidak terikat dengan rules, seorang yang lebih bertenaga,kreatif dan berani serta lebih mudah menunjukkan kasih sayang. Lama-kelamaan, Ivan terjatuh cinta kepada Elizabeth, begitu juga dengan Elizabeth. Tetapi cinta mereka ni terpaksa dihalang kerana, Ivan hanya datang untuk membantu, dan Ivan ni kan imaginasi je, so dia tak akan tua dan tak akan mati, jadi adalah mustahil bagi mereka untuk hidup bersama.

Ivan pada mula nya berkeras untuk bersama Elizabeth, tetapi akhirnya dia sedar bahawa jika dia meneruskan percintaan mereka, ianya akan mendatangkan lebih banyak kesedihan daripada kegembiraan. Kalau mereka bersama dan berkahwin , Ivan terpaksa melihat Elizabeth tua dan akhirnya mati sedangkan dia masih tetap sama. Jadi pada hari jadi Elizabeth, Ivan telah menyuruh Luke menjemput semua jiran dan rakan-rakan Elizabeth ke rumah untuk adakan birthday party, dia juga telah menjemput rakan kerja Elizabeth iaitu Benjamin datang. Benjamin ni kira macam ada hati gak la kat Elizabeth ni. On that day, Ivan pun slow-sloa jadi invisible kepada Elizabeth. Pada malam nya pula, Ivan mengucapkan selamat tinggal pada Elizabeth dan Luke. Tapi walaupun Ivan tak nampak di mata, tapi dia tetap ada untuk memerhatikan kekasihnya itu. Part ni sedih weh.

Begitulah ceritanya. Kesimpulannya Elizabeth ni berkawan dengan rakan imaginasi Luke, bernama Ivan, jatuh cinta tapi tak boleh bersama kerana Ivan ni akan jadi halimunan selepas beberapa ketika bersama dan memberikan beberapa pengajaran hidup kepadanya serta membuka mata hati Elizabeth untuk dia lihat apa yang dia telah hilang selama ini.

Selamat membaca :lol: untuk dapatkan sinopsis dan buku lain sila ke web Cecelia Ahern.

• Happy Beday Adam •

weEe~ 3 Comments

Yeah hari ni  beday adam.Patut la awal-awal pagi da kol aku, ingat apsal,rerupanye bley call free sepajang hari sebab beday die. kalau tak harapan la kot. ahahah.pape pun aku nak ucapkan selamat hari jadi yang ke 26, smoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. happy-happy always. Gonna mish yew la adam! ehe. 3 bulan kat jb,rasa cam kejap je ek. dah balik penang da ko. nanti bebila senang datang la jb lagik :) leh melepak kat danga bay oke.

♥ ini muke beday boy ( weh da tak boy dah weh ) hahaha ♥

♥ Ye bayang-bayang ko dekat depan court - bile pikir balik kite jalan jauh- oi penat! :grin:

Selamat Ulang Tahun Yang Ke 26 !

Kalau ko tak call aku tatau hahaha

• redbull 10 tin •

weEe~ No Comments

ihsan dari : gabrielutasi

tadaaa haha takde aku bukan nak cite pasal redbull skang ni.walaupun aku baru lepas minum redbull tambah air masak sebab air tuh manis nak mati ! tapi sedap sehingga menjilat jari,tunggu masa buah pinggah ko rusak? fuh sadis gile! hahaha sebenarnye aku dah diberikan award drpd si soap si programmer yang muda kacak begaya! fuhyoo award la seot haha jap aku copy apa die suh paste. then baru leh paste.

1. Copy paste award ni kat blog korang .
2. Buat entry ‘thank u’ ala-ala Grammy’s untuk pemberi award dekat blog korang
3. Tag 5 orang blogger lain .
4. NEVER break the chain pls .

aisehman man aku tatau la nak wat speech camne.aku gelak je ok la kan.haha ish. memula skalik aku nak say tq kepada syed azman sebab kasik aku award ni,aku tau ko kasik sebab taknak chain die putus je kan hahahaah eh tapi aku tau ko ikhlas. ok akhir skalik terima kasih. the end :cry: nangis la ni teharu kan. hahah aa mekaseh gak sbb cakap aku amik gamba chantik, di mana aku rasa takde la chantek pun.aku da la tak tere amik gamba,bile ntah nak tere hahaha gamba makanan tuh pun buat aku rasa sgt lapar gak. aku rasa nak jadikan blog aku ni blog resepi makanan la,walaupun aku tatau masak. haha. kasik inspirasi kat korank yang tengah lapar tuh masak kan. huhu eh pape pun mekaseh  :wink:

Dengan sukacitanya saya nak hadiahkan award ini kepada 5 orang kawan saya kerana mereka kawan saya dan takde sebab yang spesifik.

1. kak ngah @ cepotet

2. encik ferrero

3. kak nora

4. ayenz

5. Smua lah orang ( sama seperti mereka supaya tak putus chains nie haha ) :lol:

Ouh jb musim hujan.seronoknye tedo.malasnye g class malam nie. :shock:

• Dia •

blur 2 Comments

Hye.harini aku macam nak tulis tentang kawan aku. erm aku ada sorank kawan nie.aku tak pernah jumpa die secara face to face. persahabatan kiteorang terbatas dalam dunia cyber je. dah dekat 4 tahun lebih aku kenal die. sekarang ni aku dah umur 22 tahun , so maknenye aku kenal die time umur aku 18 tahun, baru pas abish SPM. Die ni sangat pandai. cantik plak tuh, memang cun la , stok2 model.. tapi die selalu bersedih. dunia ni seakan tak adil je bagi die.

Walaupun dari segi luaran, kita tengok die macam happy je, tapi sebenarnye kawan aku ni sakit. die slalu je demam sebab badan die tak kuat. then sepanjang aku kenal die, aku tau dia ni seorang yang setia.tapi lelaki yang dapat die smua tak tau nak hargai die. kesian aku tengok die kena layan ngan teruk oleh lelaki yang macam bagus nie. macam la dak laki ni bagus sangat. da la tatau besyukur , dah dapat kekasih yang baik, cantik, pandai, tapi, layan macam apa je.

Tapi sekarang nie, die dah ade kekasih yang lain.lelaki yang lama tuh boleh blah jeauh sket yer. aku harap dengan kehadiran kekasih baru dia nie, dia akan selalu happy2. tak nangis2 lagik. dan takde laa selalu sakit. aku selalu doa, supaya tuhan bagik la die kebahagian yang sepatutnya die rasai dan dia impikan. aminnnnn..

get well soon my dear frend.kalau ko rasa takde sesapa untuk ko. datang la kat aku.insyallah aku akan sentiasa ada dengan ko.