• Frames •

food 1 Comment

Ini cerita last 2 weeks. Masa pergi bersuka ria di Kuala Lumpur. Penat jalan-jalan & sementara tunggu untuk masuk ke cinema, kami telah menjamu selera di FRAMES Cafe yang terletak di Oasis Boulevard Sunway Pyramid.

Makanan dia not bad. Tapi apa yang menarik ialah hiasan cafe ni ialah bingkai-bingkai gambar hence the cafe’s name la kan. Macam-macam gambar ada kat sini. Ade yang dalam Malaysia, ada yang dari luar negara. Kira sambil makan tuh,boleh laa mata juga dijamukan dengan gambar-gambar yang cantik.

Menurut pekerja kat situ,sesapa yang berminat nak letak gambar mereka kat cafe ni,boleh lah hantar gambar yang dah siap di print,nanti die akan framekan ikut size dia . Glemer laa kan sebab nanti boleh laa letak nama sekali. haha. Ok sila menjamu mata dengan gambar yang tak seberapa ni :smile:

♥ Frames ♥

♥ Interior deco cafe ni ♥

♥ Sebelum makanan sampai,bergambar lah dulu :cool:

♥ Setiap dinding pun ada gambar ,pusing-pusing lah kot2 ada gamba candid muka korang ke,mana tau ♥

♥ Muka excited dapat makanan hahah ♥

♥ Carbonara ♥

♥ House chicken = grilled boneless chicken ♥

Itu sahaja hari ini ehe. kalau nak buat reservation ke apa boleh pegi sini. Ade juga menu on9 boleh pilih makanan siap2.

Kalau sesiapa yang dekat Mersing Johor, nak makan western food & local food of course lah boleh pegi Bengawan Solo Cafe sebelah dengan Maybank Mersing, senang je nak cari. :)

saje kasik tulisan besar so korang singgah time datang Mersing haha. Mersing tuh dekat Johor,sempadan Johor & pahang.merisng bukan last la,aku rasa endau yang taman negara tuh last. Kalau sesapa nak pergi Pulau Tioman, boleh naik bot dekat jeti Mersing ni.

• Pusing-pusing Cafe •

food, ronda 2 Comments

♥ calling-calling @ Roost Juice Cafe ♥

Assalamualaikum hye semua. Last week aku stay kat umah ayah aku sambil ditemani gadis cantik, cik Nor Intan Ezreena. Excited uolls! haha ok since intan pun dah abis blajar, aku pun kerja sambil bercuti,so kami telah plan untuk pusing-pusing Johor Bahru,sambil cari cafe-cafe yang macam dekat Shah Alam. Contohnya seperti macam dekat Monrods etc sesambil tengok Shrek ( tade 3d ah sini ).

♥ Lomography @ Roost Juice Cafe ♥

♥ Intan Cek Duet nak shopping @ Roost Juice Cafe ♥

1st-1st, aku sebagai tuan rumah ( tuan rumah sebab aku kan kaum nomad hidup pindah randah,Kejap mersing kejap johor bahru ) , memula aku bawak intan pegi makan kat Roost Juice Cafe di Jalan Dhoby. ala yang dekat Jb Bazaar tuh. kan sebelah kedai keranda. ok agak-agak laa kan nak bagi clue. :grin: Ok kat sini seperti biasa, minuman dihidangkan dalam baldi-baldi kecik.

♥ The Mirror’s Menu @ Roost Juice Cafe ♥

♥ Minuman dalam baldi @ Roost Juice Cafe ♥

♥ Nasi ayam thai @ Roost Juice Cafe  ♥

♥ Main telephone lagi, jakun tengok telephone dulu-dulu ehe @ Roost Juice Cafe ♥

aku rasa aku penah cite la pasal cafe ni masa makan dengan erin dulu. Kat sini lampu dia suam-suam kuku. tak cerah sangat.sebab aku rasa kalau dia pakai lampu pendaflour yang biasa kaler putih mesti nampak kedai ni tak cantik. tapi sebab lampu oren.so ade la macam zaman-zaman dulu.bernostalgia. hehe. Makanan kat sini not  bad lah.sebab aku lapar kan. tapi service kat sini bagus! ye bagus sebab friendly. Aku tak suke pegi kedai yang waiter die kerek walaupun aku da senyum sampai ke telinga. memang aku tak pegi lagi la kot.Harap korang paham haha.

♥ The Beach Danga Bay ♥

♥ Danga Bay ♥

Kemudian, City Square untuk menonton Shrek. Abis tengok Shrek, pusing-pusing di Jb Bazaar. Tapi al maklum je la, malam selasa, weekdays, kedai yang ada pun tak menarik. So dah jalan-jalan, aku pun ajak Intan pegi lepak di The Beach Danga Bay. Aku rasa live band yang  nyanyi open-open camnie ade kat sini je kot.selain dekat cabana, tuh pun die nyanyi dalam bangunan kan. The Beach ni ayah aku yang kenalkan, dia kata kalau memalam nak dengar live band datang la sini, makanan pun not bad lah jugak. Kuey Teow Kerang & ice Blended Chocolate die sedap. ( Sebab aku selalu order tuh ). Disamping mendengar lagu-lagu yang sedap dan makan-makan,kita juga boleh mencuci mata tidak kira lelaki atau perempuan. hahahaha ok tuh sampingan lah. kalau taknak cuci mata tengok manusia, boleh pergi cuci mata dekat petting zoo :mad: Live band dekat sini aku rasa setiap bulan akan tukar yang baru, sebab bulan lepas aku pegi orang lain.Bulan lepas-lepas pun orang lain.biasaah duduk merantau,sebulan sekali je dapat pergi haha. Ye abang suara serak-serak basah muka ala-ala hero hindustan tu da takde. pasrah ye. :grin: Kul 12 semua abis nyanyi,balik boleh terus tido atau sambung lepak di Aliff . :eek:

♥ Sunset @ Lost Malaya Johor Bahru ♥

♥ Pemandangan di dalam restaurant @ Lost Malaya Johor Bahru ♥

♥ old cameras @ Lost Malaya Johor Bahru ♥

The next day, aku tak ingat pegi mana. Hahah ouh sebelum Intan balik ke Pontian, aku ajak dia pergi Lost Malaya,terletak di jalan skudai,berhadapan pantai lido,sebaris dengan Msuite hotel.dulu bangunan ni international school,sebelah dengan bangunan club japanese. Saje nak tengok apa ade kat situ, selalu lalu-lalu depan tuh je, tak berkesempatan nak singgah. So, Lost Malaya ni sebenarnye adalah macam gallery gambar dengan bar. Ada juga group photography kat sini dengan nama JOHO,tapi aku tak berapa nak familliar sangat, kalau nak tau lebih lanjut korang google je oke.Kalau sesapa yang lapar tak lapar sangat boleh lah datang kat sini lepak-lepak main pool ke snooker aku tatau. ehe sebab kat sini boleh minum-minum,duduk-duduk menikmati sunset (kalau datang petang lah) ,gambar-gambar dan deco dalam kedai. makanan yang disajikan hanya snack-snack ringan seperti nuggets dan fries. Lost Malaya tutup setiap hari isnin. So jangan datang ari isnin dan tekejut sebab tak bukak. ( macam aku ). :neutral: malu tau.harap takde orang nampak haha.

♥ Ali Cafe, Bukit Indah Johor Bahru ♥

Then ada lagi satu cafe,AliCafe,ye yang power root saya menang motor tuh. Kat sini pun deco die cantik,makanan pun not bad la, ada yang berpatutan,ada yang aku rasa mahal. Tapi aku paling tak bleh blah sebab ade menu mee cintan. ehe pelbagai mee cintan ade.nak tau tengok sndrik lah. Kat sini sambil korang nak tunggu makanan korang,die ada sediakan macam permainan tradisional lah atas meja. kira korang bleh la memain sambil kiasu2 sikit. Kedai ni 2 tingkat, tapi aku tak pernah naik tingkat atas, dieorang cakap kat tingkat atas ada sudut internet dengan men game. cuba lah korang try tengok. Makanan semua ok, cuma satu je aku tak berapa nak selesa kat kedai ni, pekerja-pekerja die macam tak best je,macam adik-adik baru lepas SPM datang kerja nak main-main. Bila tanye apa makanan yang best kat sini, suruh tengok menu. Bila tanye nasi lemak die macam mana, suruh tengok menu. kalau die terangkan sikit kan lebih elok. Ni pendapat aku lah. Sebab kalau tengok  menu pun, bukan nye sama gambar dengan makanan sebenar kan. Pastuh sebok orang makan sebok lah nak kumpul ramai-ramai belakang kerusi kiteorang, Ish meeting tergempar ke. Mungking pada hari kiteorang pergi je kot. Hari lain mungkin tak macam nie. Pape pun try lah pergi Cafe nie, mana tau kot-kot boleh menang motor ke . Ali Cafe la katakan. :eek:

Sekian hari aku dan Intan di Johor Bahru bersama.

Kalau singgah ke Mersing,JOhor.kot ada hari keluarga kat air papan ke kan. sudi-sudi lah datang ke Bengawan Solo Cafe bersebelahan dengan Maybank Mersing. Sarapan pagi,makan tengah hari.makan petang,dan makan malam semua ada. Western food dan cake juga ada. See you there ! :smile:

♥ The foods at Bengawan Solo Cafe ♥

Aku selalu lapar lepas update blog! :?: bye nak makan nasi goreng cendawan.

• Tanah Tumpahnya Darahku •

blur 8 Comments

Lokasi gambar : Nike Midvalley

Pic taken by : Angah

Walaupun Mersing ni kecik je, tapi aku suka duduk sini.

Walaupun Mersing ni takde cinema, takde shopping complex sebesar Pavillion,tapi aku suka duduk sini.

Walaupun Mersing ni jalan semua one way,sesak bila waktu pagi,lunch hour & petang kul 5, tapi aku suka duduk sini.

Walaupun cuaca di Mersing ni panas sebab kene angin laut,yang boleh buat muka pedih,tapi aku suka duduk sini.

Walaupun Mersing itu,Walaupun Mersing ini. Banyak lah Walaupun.Tapi aku suka gak duduk sini. Sebab kat sini lah aku lahir. Walau pun tak dibesarkan kat Mersing, tapi sini lah tanah tumpahnya darah ku. ( betul ke ayat? hahah, takpe la bedal je )

p/s: Sekarang ni nak mati dah tak tunggu tua. Kalau dah ajal, usia 19 pun boleh pergi juga sekelip mata. Takziah kepada ahli keluarga mangsa langgar lori depan petronas Mersing 140110. Al-Fatihah.

• Makan-makan •

food 6 Comments

Aku admit weh aku tak tere amik gambar, so bila abg fuad ( tukang masak bengawan solo restaurant mersing ) suh aku amik gamba makanan, cuak weh. Cuak sebab tak confident. Tapi amik je la, daripada g hire fotographer kan, baik aku tolong mak aku free je. Tak kesah lah hasil dia macam mana. Asal nampak makanan sudah. Dari jam 1pm sampai 4pm , sambil tunggu abg fuad masak-masak makanan yang nak disnap gambar,sambil tuh snap-snap gambar makanan yang dah siap. Tak benti.weh amik gambar ni penat lah seh. nampak je macam tekan-tekan ehe.

Lepas smua dah siap snap gambar, masa untuk makan la kan haha. Herm, tapi hasil tangkapan tak memuaskan la. Kan dah kata bukan pro. :mad: Background smua clear nampak.haha. sedey-sedey.:cry:

Macam mana nak amik gamba cantik-cantik nie!! Urgh! Meh la ajar, bagi cadangan ke apa…:sad:

takpe-takpe.Usaha tangga kejayaan! ok cuba lagi di lain masa.

Jemput lah datang ke Bengawan Solo Cake House & Western di Taman Wawasan Mersing Johor. Kepada yang tinggal di Mersing, if nak order pelbagai jenis kek juga boleh la datang ke sini. Terima Kasih.

• Penat sampai nak tercabut kepala lutut beliau •

food, weEe~ 5 Comments

Aha kepala lutut beliau pinjam ayat nazri jap. ala kawan-kawan tayah bekira oke. haha

weh tapi serious aku penat cam nak tecabut kaki. padahal takde la buat apa sangat. mungkin tak biasa. ye mungkin juga ngada-ngada. tapi duduk kat kedai tepi fryer dan juga oven dan juga microwave dan juga ntah tatau apa nama ntah memang penat tambah panas. habis minyak dimuka bertambah-tambah.:mad:

walaupun aku poyo-poyo cakap penat, tapi aku enjoy ! ye aku rasa aku dah pandai masak skang! tapi bukan lah nasik goreng kampung ataupun nasik goreng udang special ngan udang yang banyak mahupun mee hoon sup ala-ala hong kong. haha tapi ok la kalau stakat korang nak oder chicken chop ke, steak ke, apa-apa yang berkaitan ngan makanan barat ( aku bukan saje nak eksyen, kenyataan nie hahah ) boleh je oder kat aku :razz:

♥ Ni ice cream goreng untuk korang. Konon-konon ada love spesel la kan haha ♥

tapi dengan syarat semua bahan-bahan tersedia la kan. haha kalau tak hampeh la gak. mana la aku tau nak buat black pepper sauce, kang aku kasik korang lada itam je la kalau takde sauce tuh kan. ok tuh je nak cite. sebab rasa teruja dah boleh handle sndrik fryer tuh goreng ice cream dan lain-lain bahan yang boleh digoreng. Sekian terima kasih atas sokongan anda smua ( ditujukan khas kepada adik-adik yang keje kat Bengawan Solo Cake House )  ngEe~ jemput-jemput datang Mersing. ( Mersing tuh kat Johor , dekat ngan jeti nak ke pulau tioman ) , okeh bye. AssalamualaiKum.

♥ Eksyen gambar sambil pegang pisau potong pizza, nak potong kepala pun boleh, sesuai gile ! mata makin sepet, selepas cuti 2 bulan ni, bila senyum pun mata dah tak nampak &  sebab pipi dah tembam sangat sampai tutup mata :sad: duk keje kedai makan, makan aje la apa nak, siap tuka-tuka menu ikut suka hati cth: roti bakar dengan pisang. ( ala-ala roti canai letak pisang tapi pakai roti biasa) ♥

Nota last last : naqiuddin aku malas nak diet aa weh! haha rugi la sebab puding kat kedai best waaah! :eek: setiap hari kene makan. hahah

• Makan-makan pengubat rindu •

food, ronda 9 Comments

Balik Mersing, selain nak jumpa adik-adik n parents aku. tujuan lainnya adalah untuk makan nasi dagang.series kat jb aku tatau nak cari kat mana.tapi kalau untuk angah plak.senang la.siap hafal kedai mana ada jual nasi dagang yang best kat area dungun tuh. aku rindu nasi dagang hahaha. so akhirnya pada hari ahad semalam.( ari sabtu takde sebab ari sabtu terbangun lambat, so terus lunch je la. ) hari ahad jam 9.30am.aku,mak,angah dan adik sampai kat kedai di area Tanjung. 9.30am tuh awal kan? tapi kiteorang dapat order 2 set nasi dagang je. angah ngan adik makan laksam dan soto aje. aku nak  tambah pun takde dah. haiz. takpe asal ade.daripada takde langsung kan. kene datang kul 7.30am agaknye. alangkah best nye kalau kat jb hari-hari boleh breakfast nasi dagang daripada makan roti-digoreng-dengan-telur-yang-berlebihan-minyak-tapi-makan-juga-sebab-lapar .

Then kiteorang pegi pulak air papan, saja jenjalan tengok-tengok pantai. angin sangat la kuat time tuh. Ramai manusia yang berkelah kat sana. shOk tgkmereka makan ayam kfc dan duduk atas tikar.anak-anak kecil lari-lari ke darat untuk makan ayam kfc jugak. ( aku tatau ayam goreng apa sebanarnye,nampak je macam ayam kfc ) . best-best. angin sepoi-sepoi bahasa. ditemani ngan hari yang panas tapi tak terik. Round-round tengok challet baru uncle sheikh abu dekat sana. cantik. gune kayu er kayu bulat-bulat (aku tatau la nama kayu tuh) tapi cun la mcm dalam cite-cite omputih nye kayu buat umah kat tempat sejuk. ( google je la.)

Tengah hari lepak sebentar di kedai mak. takde la sebentar agak lama jugak. then petang-petang jam 4.30pm. aku ,angah dan adik gerak pergi pantai di bandar mersing, sebab rasa nak makan ABC sangat-sangat. hahaha gile makan je. sampai kedai kena la oder kepok lekor skalik, baru la masyuk lepak tepi pantai makan-makan sambil menghayati bunyi deruan ombak. ( phew-phew~ : contoh bunyi macam ni la.).then kami bertiga pergi main buih sabun perisa apple. rasa macam nak makan buih sabun tuh. haha sekian sahaja. Next 2 weeks kita balik Mersing lagi oke! best nye balik rumah dan berjaya menjarakkan diri daripada internet. ( kecuali nak update blog ni la ) lebih bermakna balik rumah golek-golek atas katil, derum-derum pergi pusing bandar Mersing. Oh last : Di mersing dah ada Istana Sri Mersing, atas bukit, view cantik,dulu adalah rumah DO (kalau sesapa yang tau) . Kalau berkesempatan nanti aku snap papan tanda dia sahaja. sebab Istana mana leh masuk dah, kalau dulu rumah Deputy Officer boleh la masuk dengan muka yang gembira dan sesuka hati. Ok la till then tata .

• mari menambahkan bilangan penduduk mersing •

food, ronda 4 Comments

ho yeah memandangkan isnin ni maulidurasul, cuti!! yer skang aku tgh lepak kat kfc angsana, sementara nak tnggu kul 7pm nak balik Mersing yang tercinta ehe. Rindu kat adik-adik aku dan juga bilik aku, dan rumah, dan ikan kat depan dan kek mak, dan semua-semua la. (padahal takde la lama sangat tak balik haha, step konon lama). K la balik ni aku dengan angah dah ade plan. hopefully plan kiteorang dapat dilaksanakan insyallah.

♥ Ni anis, kawan aku ♥

Then kat sini aku nak letak gambar masa aku g lepak sama anis kat kl arituh. Takde mende sangat nak cite, just aku ngan die g tengok changgelling, then g lepak makan kat Rak Thai. Ni 1st time aku makan green curry, tomyam kaler putih, dan minum air serai :eek: (serai tau,hahah) . then baru aku tau yang sebenarnye kalau tom yam yang biasa kat kedai masakan thai kat sini tuh nama die Tom Yam Kung haha gile jakun baru tau :razz: so here come d pic. Yang paling best of coz la pulut mangga ehe.

♥ ni laa air serai ♥

♥ Ikan Terbang ♥

♥ pulut mangga ♥

Pada hari ahad pulak, aku g times square lepak sama naqiuddin. then da tatau nak g jalan mana, kiteorang g je lepak kat hartz chicken buffet. aa duduk la kat dalam tuh 2 jam. aku takde la makan sgt. sebab b4 tuh aku da g makan aiskrim. gile kentang kenyang :roll: pastuh bile time lapar baru teringat balik kat makanan-makanan tuh semua sadis. takpe makan jangan paksa ehe :razz: kalau dah kenyang kita kene stop kan. :cool:

♥ ni Din, kawan aku jugak ♥

dan akhirnya setelah sampai waktu aku. aku balik ke Jb naik nie.sila percaya pls.:neutral: penat woo !!!

♥ aku gerakkan kan die gune kaki ♥

• yeah •

blur, fruits 1 Comment

ouh yeah aku tatau nak update ape. :twisted: ehe then aku jumpe emoticons ni sbb aku buhsan. kemudian aku rasa gembira :cool: dan macho skalik. ye terima kaseh kepada yang membekalkan emoticons nie.smoga anda dirahmati tuhan. btw aku nak carik yang kiut2 lagik tapi tak jumpe plak :roll: ..sesapa tau nnty bitau aku ek.mekaseh

disebabkan aku ni kekeringan idea, then saje nak tnjuk emoticons tuh je * jakun sket ,korang tayah la gelakkan aku ye, aku kan budak baru blaja, aku gelak sndrik takpe aa ahahah - ok ni sgt sengal :mad: * so aku post je la gambar.. ehe.ni di sekitar mersing la ni.

♥ ini gmbar kat tepi sungai ♥

haa lupe plak nak cite pasal kawan aku nie.aku ade sorank kawan ni aku kenal die kat myspace. tahun 2004 kot tatau la ke aku tertipu. die nie ex-student Lim Kok Wing. perasan kachak dan hemsem.serta tak ketinggalan juga perasan macho.tapi die ni hati baik dan pandai jugak dalam bab-bab design nie. nama die ouh cukup la kalau dikenali sebagai BONEKA je sebab ni die nye nama kat myspace tuh huhu. so setelah lama aku tak bebual ngan die.tetibe tadik mcm jejak kasih plak, die buzz aku kat ym. aku pun dgn rasa gembira nya men-say hye kat die. then aku tanye la die apa pekembangan tebaru smua2. die pun cite laa die skang tengah seronok mem-vector kan muka orang. owh aku teruja seot , dulu pun die ade gak wat vector ni tapi skang ni lagik mantap la.

Die kata, nak tere wat vector ni kene rajen je.tuh je.satu gambar tuh die ambik masa dalam 1-3 jam untuk siapkan. di kesempatan itu jugak, die kata, dia nak say thanks kepada sifoo die nama MOMOX-08 * ni pun dak myspace gak* sebab abg ni yang banyak ajar die dan memberi komen2 yang membangun serta tak ketinggalan menjatuhkan juga. *ni aku tipu je*

kesimpulannya disini. aku pun nak tere cam kawan aku ni gak wat vector.nanti leh la aku tolong korank edit2 gamba. kawan-kawan aku charge memurah je la dont worry * kalau aku tere :roll: ” . usaha tangga kejayaan!! :evil: * kan da kuar kepak, bajet cam semangat gile la nie * haha mari2 kita jadik rajin!

kat bawah ni ada lah hasil kerja encik BONEKA * aku lupa link ms die , sorry a weh ,later aku letak *

♥ ni aku rasa gamba awek yang en BONEKA angau ♥

♥ en BONEKA ni mem-vector gambar awek sahaja- pilih kasih nieh ♥

okeh dan kat bawah ni la muke en BONEKA tuh, dan muke die di-vectorize oleh sifOo die *katanya la, aku tatau*

♥ single n available haha ♥